15hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia bakal meraih manfaat besar daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali, Perancis dan Brazil, bukan sahaja menarik pelaburan berpotensi, malah memperluas pasaran eksport dalam kecenderungan dasar perlindungan daripada tarif Amerika Syarikat (AS) yang boleh menjejaskan perdagangan global.
15hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menongkah aliran meningkat pasaran serantau berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati susulan kebimbangan terkini terhadap tarif Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, berikutan penjualan sederhana di kaunter berwajaran tinggi didahului sektor kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah mengadakan beberapa siri pertemuan yang produktif dengan dana kekayaan berdaulat Perancis dan Itali untuk meneroka kerjasama rentas sempadan khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) – YTL Power International Bhd melabur kira-kira RM10 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur AI setakat ini serta menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur dalam AI dan memanfaatkan infrastruktur itu.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa menjejaki prestasi lemah di Wall Street dalam tempoh semalaman, berikutan pengenaan tarif sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas 14 negara termasuk Malaysia, bermula 1 Ogos, 2025.
15hari ago
RIO DE JANEIRO, 8 Julai (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
16hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, berbanding prestasi tinggi pada akhir dagangan minggu lepas, apabila pasaran serantau mengalami penurunan berikutan pelabur kembali berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai, kata penganalisis.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh aktiviti jualan yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam kaunter utiliti dan kewangan, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau, kata penganalisis.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot untuk dibuka rendah pada Isnin berikutan prestasi semalaman Wall Street yang negatif menjelang tarikh akhir pelaksanaan tarif balas pada Rabu ini.
17hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 6 Julai (Bernama) -- Perintis global dalam platform infrastruktur digital, DayOne Data Centers (DayOne) mengoptimumkan penggunaan tenaga dan airnya untuk menyokong matlamat kemampanan negara sambil mengekalkan operasi berprestasi tingginya.
19hari ago
Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih, menurut seorang penganalisis.