Terdapat 111 berita berdasarkan kata kunci carian " statistik"

Jualan Sektor Pembuatan Naik 6.3 Peratus Kepada RM171.7 Bilion Pada Oktober - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM171.7 bilion pada Oktober 2025, meningkat 6.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

805,509 OKU Berdaftar Di Malaysia Pada 2024, Mewakili 2.4 Peratus Penduduk - DOSM

PUTRAJAYA, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia merekodkan sejumlah 805,509 orang kurang upaya (OKU) berdaftar pada 2024, mewakili 2.4 peratus daripada jumlah penduduk negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Statistik Orang Kurang Upaya Malaysia 2024, yang diterbitkan hari ini.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli di Thailand, pengeluar getah terbesar dunia, kata peniaga.

Legoland Malaysia Sedia Terima Lonjakan Pengunjung Menjelang TMJ 2026, VM 2026

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

ISKANDAR PUTERI, 30 Nov (Bernama) -- Legoland Malaysia Resort sedang memperkukuh kapasiti operasi dan menaik taraf fasilitinya berikutan menjangka peningkatan ketibaan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia (VM) dan Tahun Melawat Johor (TMJ) 2026.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan baru-baru ini susulan sentimen serantau yang bertambah baik, sekali gus menyokong mata wang Asia sedang pesat membangun.

Banci Ekonomi 2026 Ukur Kesiapsiagaan Teknologi Dan Daya Saing PKS - DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Banci Ekonomi 2026 (BE2026) akan menilai tahap kesiapsiagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi penggunaan teknologi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Ringgit Terus Meningkat Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan apabila ditutup lebih tinggi untuk hari keenam berturut-turut hari ini, didorong oleh keyakinan yang meningkat semula mengenai kemungkinan untuk Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah.

Minat Belian Terus Pacu Momentum Ringgit, Dibuka Pada Paras 4.15 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipacu minat belian berterusan terhadap mata wang tempatan itu ketika unit negara maju berkenaan sebaliknya terus lemah.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Susulan Perjanjian Gencatan Perang Dagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

CGS International Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Malaysia Kepada 4.7 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd telah menyemak semula unjurannya untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2025 kepada 4.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y) daripada 4.2 peratus, dipacu oleh momentum pertumbuhan KDNK pada suku ketiga 2025.

BUDI95: 300 Liter Cukup Bagi Kegunaan Biasa , Kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Berdasarkan data kerajaan, kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter yang disediakan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencukupi untuk kegunaan peribadi biasa, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pulau Pinang Catat Pendapatan Kasar Bulanan Penengah Kelima Tertinggi, RM7,386 Sebulan

GEORGE TOWN, 13 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merupakan negeri kelima tertinggi merekodkan pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah, iaitu RM7,386 manakala pendapatan isi rumah kasar bulanan purata (pendapatan purata) pula ialah RM9,152.