Terdapat 48 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen pengguna"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kebimbangan para peniaga dan pelabur terhadap pengumuman tarif timbal balik oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Kekalkan Aliran Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya pada tengah hari ini, didorong oleh minat belian dalam kebanyakan saham wajaran tinggi terutamanya sektor perbankan dan pembinaan berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Oleh Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Untung Bersih Astro Melonjak Kepada RM129.15 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) --  Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025 (TH2025) melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM129.15 juta daripada RM36.88 juta pada tahun sebelumnya.

Kenanga Jangka Perdagangan Luar Malaysia Kekal Lima Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan perdagangan luar Malaysia akan kekal pada kadar lima peratus pada 2025, didorong oleh permintaan teknologi global dan faktor lain, meskipun prestasi Februari lebih perlahan daripada jangkaan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas Amerika Syarikat (AS) mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik, membawa kepada dolar AS yang rendah.

Ringgit Tinggi Meskipun DXY Meningkat, Naik Berbanding Mata Wang Lain

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis, disokong sentimen belian yang lebih baik terhadap mata wang domestik walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu.

MR DIY Catat Keuntungan Bersih RM568.94 Juta, Umum Dividen Interim 1.8 Sen

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd melonjak kepada RM568.94 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM560.67 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelum ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejak Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutannya pada tengah hari Selasa susulan tekanan jualan merentasi papan indeks dan seiring pasaran serantau berikutan prestasi semalaman Wall Street yang hambar, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street berikutan peniaga menilai kumpulan data terkini yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut daripada kenaikan sederhana semalam untuk ditutup rendah sedikit hari ini dengan lebih separuh daripada komponen indeks utama mencatatkan penurunan.