Terdapat 526 berita berdasarkan kata kunci carian " runcit"

Hampir 14.8 Juta Nikmati BUDI95, Nilai Jualan RM12.8 Bilion Setakat 28 Feb - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta individu yang layak atau lebih 88 peratus telah menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter melibatkan nilai jualan RM12.8 bilion atau penggunaan 6.46 bilion liter setakat 28 Feb 2026.

Konflik AS-Iran Ganggu Penerbangan Dunia, Kos Industri Mungkin Cecah Lebih US$1 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran kini menjejaskan operasi lapangan terbang dan akan menimbulkan kesan jangka masa pendek yang ketara terhadap penerbangan dunia dengan agregat kos industri mungkin mencecah lebih US$1 bilion jika situasi menjadi semakin buruk.

Mydin Perluas Pasaran Buka Mydin Mart Ke-75 Di Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 27 Feb (Bernama) -- Peruncit dan pemborong Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) memperluaskan pasarannya apabila membuka cawangan Mydin Mart Bagan Datuk yang juga merupakan cawangannya yang ke-75 di seluruh negara.

Bakal Disenarai Di Pasaran Utama, Sunway Healthcare Sasar RM833.8 Juta, Harga IPO RM1.45 Sesaham 

SUBANG JAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM833.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) pada harga RM1.45 sesaham menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

CIMB Niaga Catat Untung Sebelum Cukai IDR8.8 Trilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak IDR8.8 trilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, dengan pendapatan sesaham berjumlah IDR273.53, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bank itu. (1 juta rupiah = RM231.2)

Bursa Malaysia Susut Selepas Catat Kenaikan Awal Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis tetapi menyusut kemudiannya didorong oleh aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan  semalaman. 

Teamstar Rancang Buka 10 Outlet Baharu Menjelang 2028

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Syarikat baharu disenaraikan, Teamstar Bhd, menyasarkan pembukaan 10 outlet tambahan di Malaysia menjelang 2028, sekali gus meningkatkan jumlah cawangannya kepada 39 berbanding 29 ketika ini.

Untung Bersih Public Bank Meningkat Kepada RM7.22 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat 1.1 peratus kepada RM7.22 bilion daripada RM7.14 bilion pada tahun kewangan 2024, disokong pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang memberangsangkan.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Suku Kedua 2026, Indeks Pelopor Naik 0.1 Peratus Pada Disember 2025

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan bagi suku kedua 2026 disokong prestasi Indeks Pelopor (IP) Disember 2025, yang mencatatkan marginal 0.1 peratus kepada 114.0 mata berbanding 113.9 mata dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Untung Bersih Petronas Dagangan Meningkat Kepada RM1.10 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat kepada RM1.10 bilion daripada RM1.09 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2024.

Bursa Malaysia Klasifikasi Semula Segmen Pelabur Perjelas Penyertaan Dagangan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menambah baik data segmen pelabur untuk memberikan butiran lebih terperinci mengenai penyertaan dagangan dalam pasaran.

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM209.26 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM209.26 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding kerugian bersih RM202.67 juta pada tahun kewangan 2024.