7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan berterusan di Asia Barat akan memberi kesan kepada kestabilan dan keselamatan ekonomi, kehidupan jutaan penduduk di rantau ini, dan menghalang kemajuan ekonomi dalam ASEAN, menurut kenyataan bersama Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN.
7hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat apabila peniaga dan pelabur tidak lagi melihat emas sebagai aset selamat dalam situasi geopolitik.
7hari ago
Oleh Voon Miaw Ping
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang jauh lebih kukuh berbanding negara jirannya dalam menangani krisis tenaga global kerana negara ini merupakan pengeksport tenaga bersih, rizab petroleum yang mencukupi sehingga Mei 2026 dan ruang fiskal daripada rasionalisasi subsidi.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sektor perbankan terus menawarkan ciri-ciri daya tahan dan kekal dilindungi dengan baik walaupun terdapat ketidaktentuan geopolitik yang meningkat, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan Wall Street semalaman selepas pemimpin tertinggi baharu Iran memberi isyarat bahawa Selat Hormuz akan terus ditutup.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat menjejaskan kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata ahli ekonomi.
8hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan kebimbangan mengenai gangguan bekalan minyak ekoran konflik di Asia Barat.
8hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah dalam persekitaran ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berterusan, manakala harga minyak mentah kekal tinggi.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang lain pada pembukaan Khamis, disokong oleh harga minyak yang stabil susulan keputusan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) untuk mengeluarkan bekalan tambahan ke pasaran, kata seorang ahli ekonomi.
10hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa, disokong sentimen risiko yang semakin baik, walaupun pasaran global kekal berhati-hati susulan konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026, paras tertinggi dalam tempoh lebih 11 tahun, disokong oleh pengukuhan pegangan pertukaran asing dan peningkatan rizab emas.