BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Pemain snuker negara Thor Chuan Leong menang pingat emas acara 6-Red perseorangan lelaki | Sukan SEA 2025: Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata cipta kejutan rangkul emas, pecah rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter | Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | 

Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian " pnb"

PM Anwar Lawat Battersea Power Station, Pelaburan Terbesar Malaysia Di UK

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat Battersea Power Station, merupakan pelaburan terbesar Malaysia melibatkan dana awam di Eropah.

PNB Kekal Optimis Terhadap Ekonomi Malaysia, Prestasi FBM KLCI Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan, antara lain didorong oleh dasar ekonomi yang jelas dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.

PNB Umum Agihan Pendapatan 5.75 Sen Seunit, Bayar Agihan Pendapatan Berjumlah RM10.1 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengisytiharkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.

GLIC Tambah Baik Tatakelola Proses Penilaian Pelaburan Dan Pemantauan Berterusan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan yang berterusan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Khazanah Kekal Komited Labur Dalam Syarikat Pemula - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd akan terus melabur dalam syarikat pemula walaupun mengalami kerugian dalam syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet Sdn Bhd, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Khazanah, PNB Perjelas Isu Pelupusan Pegangan Dalam FashionValet

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itu setelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.

Khazanah, PNB Terima RM3.1 Juta Hasil Penjualan Saham Fashionvalet - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Cisco Bekerjasama Dengan TM, PNB Tingkat Inovasi AI Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Cisco, sebuah syarikat teknologi global memeterai perjanjian kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) di bawah program Country Digital Acceleration (CDA) yang bermatlamat memacu inovasi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.