BERITA TERKINI   PH kesal tindakan 14 ADUN UMNO / BN Negeri Sembilan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara - Akmal Nasrullah | Peranan GLC dan GLIC bukan sekadar pertahan pulangan pelaburan, malah bantu perkukuh daya tahan ekonomi - Akmal Nasrulllah | Kerajaan tumpu pada sektor elektrik, industri pembinaan, pasaran buruh dan penilaian ekonomi jangka sederhana dalam mesyuarat MTEN minggu ini - Akmal Nasrullah | Pasaran ekuiti tempatan berdaya tahan dengan meningkat 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara - Akmal Nasrullah | 

Cisco Bekerjasama Dengan TM, PNB Tingkat Inovasi AI Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Cisco, sebuah syarikat teknologi global memeterai perjanjian kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) di bawah program Country Digital Acceleration (CDA) yang bermatlamat memacu inovasi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

Platform CDA Cisco, sebuah inisiatif pelaburan dan inovasi bersama yang aktif di 50 negara, diwujudkan bagi meningkatkan ketahanan ekonomi dan penyertaan sosial melalui pendigitalan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan sempena acara Hari AI sulungnya.

Cisco berkata kerjasamanya dengan TM akan memberi tumpuan kepada membantu Jabatan Digital Negara (JDN) dalam memodenkan infrastruktur digital.

Menurut syarikat itu, menerusi kerjasama dengan PNB pula, Cisco akan melengkapkan makmal inovasi, pusat operasi rangkaian dan bidang kerjasama PNB dengan rangkaian yang dikuasakan AI, internet pelbagai benda (IoT) serta teknologi keselamatan apabila syarikat pelaburan itu berpindah ke pejabat baharunya.

Cisco juga mengumumkan kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk melancarkan 'hackathon' AI.

Program ini bertujuan merapatkan jurang kemahiran AI dan menyediakan pelajar dengan pengalaman praktikal dalam teknologi termaju.

Menurut Cisco, 'hackathon' itu akan menawarkan platform kepada pelajar kejuruteraan dan sains komputer dari universiti di seluruh Malaysia untuk membangunkan penyelesaian yang dipacu AI.

"Penyelesaian ini berpotensi mengubah pendidikan dengan pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi selain mengautomasikan tugas pentadbiran untuk kakitangan," kata Cisco.

Selain itu, Cisco berkata pihaknya turut bekerjasama dengan MyDIGITAL Corporation dalam program Kepimpinan Digital Eksekutif (EDL) yang bertujuan membekalkan eksekutif C-suite dari sektor awam dan swasta dengan pengetahuan untuk mengintegrasikan teknologi canggih secara berkesan dalam organisasi mereka.

-- BERNAMA