21hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dijangka meningkat kepada RM4,350 satu tan, naik RM150 setiap tan berikutan keadaan bekalan jangka pendek yang lebih terhad, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Peraturan harga minyak terkini di Jerman berpotensi membentuk semula corak permintaan automotif dengan mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), di samping menimbulkan kebimbangan yang lebih meluas mengenai inflasi dan tekanan kos di Eropah.
22hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhan awal untuk ditutup meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong sentimen optimis kalangan peniaga pasaran susulan isyarat kemungkinan perang AS-Iran bakal berakhir.
23hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ringgit dan mata wang serantau lain didagangkan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa memandangkan sentimen pasaran kekal tertumpu kepada konflik di Iran serta krisis tenaga global.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) terus memantau dengan rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilannya di seluruh negara, di tengah-tengah krisis Asia Barat yang berterusan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin susulan peningkatan permintaan terhadap aset selamat apabila pelabur mengambil peluang membeli logam berharga itu selepas mencatatkan penurunan ketara sepanjang bulan ini di tengah-tengah ketegangan perang yang semakin memuncak.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.
24hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah pada Isnin berikutan peserta pasaran terus beralih kepada aset selamat dalam situasi ketidaktentuan berkaitan impak daripada konflik berterusan di Asia Barat, yang kini telah berlanjutan lebih sebulan.
25hari ago
Oleh Christine Lim May Yu
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Jepun menyasarkan untuk memperluas pelaburannya dalam industri digital Malaysia yang merangkumi bidang khusus seperti produk cip berteknologi tinggi dan pusat data.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM245.2 bilion pada Februari 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM131.0 bilion dan RM114.2 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).