Terdapat 346 berita berdasarkan kata kunci carian " pendigitalan"

McDonald's Malaysia Akan Labur RM1 Bilion Dalam Tempoh Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- McDonald’s Malaysia merancang untuk melabur RM1 bilion bagi membuka 100 restoran baharu, memodenkan cawangan sedia ada dan memperkukuh keupayaan digital dalam tempoh lima tahun akan datang.

Asia Pasifik Muncul Sebagai Hab Utama Pembuatan Dipacu AI - Dassault Systèmes

HOUSTON, 5 Feb (Bernama) -- Asia Pasifik termasuk Malaysia sedang pesat membangun sebagai salah satu rantau paling dinamik bagi pembuatan dan pendigitalan perindustrian yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Hubungan Ekonomi Malaysia-Jepun Sedang Berkembang Menuju Penciptaan Bersama - MIDA

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Malaysia-Jepun sedang berkembang, menuju ke arah penciptaan bersama, dengan syarikat Malaysia mengambil bahagian sebagai pembekal, rakan kongsi dan penyedia penyelesaian dalam rantaian nilai serantau dan global. 

Kementerian Digital Tumpu Enam Bidang Pacu Transformasi Digital - Gobind

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kementerian Digital memberi tumpuan kepada enam bidang berimpak tinggi bagi mempercepatkan transformasi digital serta memacu agenda digital negara pada separuh pertama tahun ini.

KAF Digital Bank Lantik Suzaini Mukhtar Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.

MEF Sambut Baik Gesaan Kerajaan Ke Arah Ekosistem Perniagaan Yang Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR 3 Feb (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) berkata gesaan kerajaan untuk peraturan, penguatkuasaan yang agak kukuh dan ekosistem perniagaan yang lebih menyokong adalah tepat pada masanya di tengah-tengah persaingan global yang semakin sengit di peringkat domestik.

Gobind Terharu Tersenarai Dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo terharu apabila tersenarai dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”, dan menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital ketika Malaysia bergerak ke arah negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.

Malaysia, Singapura Perkukuh Komitmen JS-SEZ Sebagai Pemacu Ekonomi Dua Hala

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Singapura memperkukuh komitmen terhadap Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) sebagai tunjang utama hubungan ekonomi dua hala.

2,554 Fail Pusaka Bernilai Kecil Diselesaikan Amanah Raya Pada 2025 - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Sebanyak 2,554 fail melibatkan pusaka bernilai RM3,000 dan ke bawah telah diselesaikan oleh Amanah Raya Bhd sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025.

Tumpuan Global Terhadap Kewangan Mampan Seiring Pertumbuhan Pusat Data - Moody's

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Tumpuan global terhadap kewangan mampan dijangka kekal kukuh tahun ini, didorong pertumbuhan pesat pusat data, menurut Moody’s Ratings.

Bank Muamalat Dapat Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengukir nama di pentas global selepas menerima "Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026" yang berprestij di London, United Kingdom.

Labuan Perlu Cipta Identiti Sebagai Destinasi Ekonomi Yang Unik, Kata Lo

LABUAN, 26 Jan (Bernama) -- Labuan perlu mencipta dan mengukuhkan identitinya untuk diiktiraf sebagai destinasi ekonomi yang unik serta berdaya saing, dan bukannya mencerminkan model pembangunan negeri atau wilayah lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Lo Su Fui.