Terdapat 3127 berita berdasarkan kata kunci carian " pelan"

Keuntungan Bersih Suku Kedua Scientex Melonjak Kepada RM135.18 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM135.18 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan 2026 berbanding RM123.95 juta pada suku yang sama tahun kewangan 2025.

Konflik Geopolitik Dijangka Beri Kesan Sederhana Sektor Hartanah Malaysia - Rehda

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).

Untung Bersih Eco World Suku Pertama Naik Kepada RM156.41 Juta Susulan Jualan Kukuh

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pemaju hartanah Eco World Development Group Bhd (Eco World) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM156.41 juta bagi tempoh suku pertama yang berakhir 31 Jan, 2026 daripada RM80.34 juta pada suku pertama tahun sebelumnya.

AirAsia Kekal Berdaya Tahan Walaupun Berdepan Impak Konflik Asia Barat - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat dengan harga bahan api yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar syarikat penerbangan pada masa ini “tidak berdaya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes.

MN Holdings Dapat Kontrak Pencawang Pusat Data Bernilai RM216 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd telah menerima surat anugerah (LoA) membabitkan projek bernilai RM216 juta yang akan menyaksikan pembangunan pencawang pengguna untuk sebuah pusat data di selatan Semenanjung Malaysia.

Kementerian Ekonomi Muktamadkan Pelan Induk Pelaburan JS-SEZ - Akmal Nasrullah 

PUTRAJAYA, 12 Mac -- Kementerian Ekonomi sedang memuktamadkan pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.

Kerajaan Kekal Unjuran Pertumbuhan Ekonomi 2026 Pada 4.0-4.5 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan setakat ini masih mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5 peratus, meskipun berdepan cabaran geopolitik global dan ketidaktentuan ekonomi luar.

Kerajaan Utamakan Kestabilan Ekonomi, Kawal Kos Sara Hidup Rakyat - Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha mengekalkan kestabilan ekonomi, mengawal kesan terhadap kos sara hidup serta memastikan ekonomi domestik terus berfungsi dengan baik susulan cabaran geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global.

Pelan Transformasi Ekonomi Johor Tumpu Kekuatan Setiap Daerah Untuk Pacu Ekonomi Johor

JOHOR BAHRU, 12 Mac (Bernama) -- Limpahan pembangunan ekonomi di Johor akan terus dirasai secara menyeluruh di kesemua 10 daerah di negeri ini menerusi pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP), kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Konflik AS-Iran Dan Sekatan Tenaga : Apa Seterusnya Bagi Asia?

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kemelut terbaharu yang menyelubungi perdagangan global susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Industri Aeroangkasa Malaysia Harus Seiring Dengan Transformasi Global - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Industri aeroangkasa Malaysia harus menyesuaikan diri dengan transformasi ketara dalam landskap aeroangkasa global termasuk perubahan rantaian bekalan dan keperluan pensijilan yang semakin kompleks.

Pelan Induk Pasaran Modal Tepat Pada Masanya Wujudkan Pasaran Lebih Dinamik-- Ahli Ekonomi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang dilancarkan pada Isnin merupakan rangka tindakan yang positif dan tepat pada masanya yang bertujuan mempertingkatkan pasaran modal Malaysia, kata ahli ekonomi.