7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM50 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Jumlah dana komited dalam industri pasaran modal pada penghujung 2024 bagi ekuiti swasta (PE) dan modal teroka (VC) masing-masing berjumlah RM18.01 bilion dan RM6.70 bilion menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM24.70 bilion.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pertama Digital Bhd melantik Lim Nasrul Halim sebagai bakal ketua pegawai eksekutifnya, berkuat kuasa hari ini
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) – Kerajaan akan mempermudah kelulusan kewangan rentas sempadan di bawah Dasar Pertukaran Asing bagi membolehkan aliran dana secara cekap mengikut saiz disasarkan dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing untuk menarik modal teroka asing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia komited untuk memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat di rantau ini semasa negara ini bersedia untuk memegang jawatan pengerusi tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Agensi ekosistem pemula niaga Malaysia Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kapital DX Sdn Bhd (KLDX), bursa sekuriti digital Malaysia untuk menyediakan saluran pembiayaan alternatif kepada pemula niaga Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd akan terus melabur dalam syarikat pemula walaupun mengalami kerugian dalam syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet Sdn Bhd, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata minat dan kecenderungan pelabur dan syarikat dari China terhadap Malaysia dilihat semakin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itu setelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd pada Isnin melancarkan Jelawang Capital Sdn Bhd (Jelawang Capital) iaitu ‘national fund-of-funds’ (NFOF) bagi memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka negara ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menggariskan 11 sektor berpotensi untuk dimanfaatkan oleh golongan bumiputera, termasuk industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), kata Kementerian Ekonomi.