17hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) melihat penangguhan e-invois sebagai langkah pragmatik yang mengiktiraf jurang kesediaan di kalangan perusahaan mikro dan kecil, khususnya dari segi keupayaan digital, penyepaduan sistem serta kos pematuhan.
17hari ago
PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) — Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa penambahbaikan dasar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2026 termasuk penurunan kadar cukai perkhidmatan ke atas sewaan atau pajakan daripada lapan peratus kepada enam peratus untuk menyokong pertumbuhan industri.
20hari ago
SHAH ALAM, 2 Jan (Bernama) -- Tokoh korporat Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang baharu berkuat kuasa semalam (1 Jan), selaras dengan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
22hari ago
KUCHING, 1 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak memuktamadkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd melalui entiti milik penuhnya AirBorneo Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Hasil semangat kerjasama dalam kalangan rakyat tanpa mengira status sosial membolehkan Malaysia mengharungi dan mendepani pelbagai cabaran ekonomi sepanjang 2025, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Berjaya Assets Bhd telah melantik Tan Tee Ming, 49, menantu pemegang saham utamanya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Jan 2026.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi ASEAN dan juga global.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku antara utiliti utama dalam inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG), akan kekal sebagai pengupaya penting peralihan tenaga bersama perkumpulan itu dengan menjadikan kesalinghubungan rentas sempadan sebagai pemacu teras integrasi tenaga.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Hume Cement Industries Bhd melantik William Tan Kok Siang sebagai pengarah urusan kumpulannya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV), pemaju kawasan Merdeka 118 di Kuala Lumpur melantik Datuk Ir Ts Izwan Hasli Mohd Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Jan, 2026.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) telah melantik Mazuki Abdullah @ Muhammad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026.