BERITA TERKINI   MTT Shipping and Logistics Bhd rancang guna 95.7 peratus daripada hasil IPO bagi pembelian 12 kapal kontena baharu | Tiga beranak ditemukan maut dalam rumah di Kampung Belau, Sungai Petani awal pagi tadi - Polis | MTT Shipping and Logistics Bhd sasar kumpul RM652.5 juta daripada penyenaraian di Pasaran Utama pada 21 April 2026 | Lapan individu ditahan bantu siasatan kejadian serang polis di kawasan flat di Sungai Pinang malam tadi - Ketua Polis Pulau Pinang | 

Terdapat 1295 berita berdasarkan kata kunci carian " keyakinan"

Advancecon Peroleh Kontrak Infrastruktur Di Johor Bernilai RM148.4 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) telah memperoleh kontrak bernilai RM148.42 juta daripada JLG Technopark Sdn Bhd untuk cadangan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja tanah dan infrastruktur utama untuk Pakej 1B di Southern Ibrahim Technopolis (IBTEC) di Kulai, Johor.

Pasaran Modal Malaysia Bakal Jadi Hab Produk Khusus Bertemakan ASEAN

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia akan berkembang menjadi hab produk dengan produk khusus bertemakan ASEAN termasuk  dana dagangan bursa (ETF) patuh Syariah, dana beretika, mampan dan infrastruktur, melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 (CMP).

Rizab Antarabangsa BNM Cecah Paras Tertinggi Dalam 11 Tahun – Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026, paras tertinggi dalam tempoh lebih 11 tahun, disokong oleh pengukuhan pegangan pertukaran asing dan peningkatan rizab emas.

Malaysia Perlu Anjakan Bagi Manfaatkan Sepenuhnya Potensi Pasaran Modal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia kini perlu melakukan lonjakan dengan aspirasi baharu dan kejelasan tujuan untuk mengekalkan keyakinan, mengukuhkan penyertaan serta memanfaatkan sepenuhnya potensi pasaran modal negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketegangan Timur Tengah: Harga Minyak Mentah Brent Boleh Turun Kepada US$70–90 Setong - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bank pelaburan mengunjurkan harga minyak mentah Brent boleh menurun kepada US$70–90 setong (bbl) (US$1 = RM3.95) selepas melebihi US$100/bbl untuk tempoh yang singkat berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah.

SC Lancar Pelan Induk Pasaran Modal Baharu, Sasar Saiz Pasaran RM20 Trilion Menjelang 2045

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia dijangka tumbuh mencecah RM13.8 trilion hingga RM20 trilion menjelang 2045 selain berkembang secara organik RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion bagi tempoh lima tahun akan datang.

PM Anwar Akan Lancarkan Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 hari ini.

Johor Sasar Pelaburan RM140 Bilion Tahun Ini

JOHOR BAHRU, 9 Mac (Bernama) -- Selepas mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi negara pada tahun lepas sebanyak RM110 bilion, Johor menyasarkan untuk meningkatkan lagi momentum pertumbuhan pelaburan kepada RM140 bilion pada tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah berikutan sentimen terjejas oleh lonjakan harga minyak mentah, dengan harga minyak mentah Brent melebihi US$105 setong.

Kerajaan Tingkat Peruntukan Bagi Pembangunan Industri Lada Di Bawah RMK13 - Noraini

BATU PAHAT, 9 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi meningkatkan peruntukan bagi pembangunan industri lada kepada RM45.8 juta pada 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berbanding RM21.4 juta pada tahun lepas.

Alat Digital Perlu Ada Jajaran Strategik Agar Ia Memberi Impak -- CelcomDigi

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perniagaan Malaysia mesti bergerak lebih daripada sekadar menggunakan alat digital dan sebaliknya memastikan pelaburan teknologi dapat diselaraskan dengan objektif yang jelas, kesediaan organisasi serta impak yang boleh diukur.

Kerajaan Malaysia Yang Stabil Capai Kemajuan Baik Melalui Dasar Menyokong - Amir Hamzah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kerajaan Malaysia yang stabil telah mencapai kemajuan baik melalui dasar yang menyokong sekali gus membolehkan negara melaksanakan keputusan yang diperlukan untuk terus maju, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.