Terdapat 178 berita berdasarkan kata kunci carian " keuntungan bersih"

Takaful Malaysia Catat Keuntungan RM94.54 Juta Pada Suku Pertama 2025, Hasil Meningkat Kepada RM1.12 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 TK2025) menyusut kepada RM94.54 juta daripada RM102.3 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Maybank Pada RM2.59 Bilion, Dipacu Perbankan Korporat

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi, Umum Dividen 16 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.

AmBank Group Catat Untung Bersih RM2 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan 7.1 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025 (TK2025), berbanding RM1.87 bilion pada tahun sebelumnya.

Pendapatan TH Plantations Meningkat 14 Peratus Kepada RM179.13 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pendapatan TH Plantations Bhd (THP) meningkat 14 peratus kepada RM179.13 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM157.31 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Batu Kawan Catat Keuntungan Bersih Sebanyak RM87.88 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Batu Kawan Bhd melonjak kepada RM87.88 juta untuk suku kedua berakhir pada 31 Mac 2025 berbanding hanya RM84.72 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Meningkat Kepada RM190.55 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Sunway Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM190.55 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM172.22 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Ketiga 2025 YTL Corp Susut Kepada RM419.38 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2025 menyusut kepada RM419.38 juta berbanding RM496.23 juta bagi suku yang sama tahun lepas.

Public Bank Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM1.75 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Public Bank Bhd (Public Bank) melaporkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM1.75 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) berbanding RM1.65 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Pertama MYEG Naik Kepada RM181.64 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- MY E.G. Services Bhd (MYEG) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM181.64 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM155.95 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

Untung Bersih Suku Pertama Sunway Construction Naik Kepada RM75.71 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd (SunCon) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 meningkat kepada RM75.71 juta, naik daripada RM32.40 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan AEON Melonjak 18 Peratus Kepada RM68.1 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Co (M) Bhd untuk suku pertama 2025 melonjak 18 peratus kepada RM68.10 juta berbanding RM57.39 juta yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh perbelanjaan bermusim yang meningkat susulan perayaan-perayaan yang berlaku dalam suku tersebut.