4hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini, dengan pertumbuhan diunjurkan mencecah 4.5 peratus, dipacu oleh penggunaan swasta yang kukuh dan sektor pelancongan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pengeluar makanan yang berpangkalan di Melaka, Guan Huat Seng Holdings Bhd mencatat harga 24 sen sesaham pada kemunculan pertamanya di Pasaran ACE hari ini, rendah sedikit daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 25 sen sesaham.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuaratnya lewat hari ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo telah disenaraikan dalam “Apolitical”, platform dalam talian terbesar di dunia untuk kerajaan, atas usaha beliau dalam memacu agenda kecerdasan buatan (AI), 5G dan transformasi digital negara.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- IJM Corp Bhd hari ini menjelaskan sebilangan kecil akaun bank syarikat itu dikenakan sekatan sementara bagi membantu usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpulkan maklumat pada masa ini.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi, menjejaki peningkatan pasaran global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu iaitu lebih AS$4,800 setiap auns troy.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia melantun dan ditutup lebih tinggi pada akhir dagangan Rabu ketika pelabur menumpukan aktiviti memburu saham berharga rendah susulan aktiviti pengambilan untung semalam yang seiring kenaikan kebanyakan pasaran serantau.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan kenaikan sehingga tengah hari pada Rabu, kekal melepasi paras 1,700 apabila disokong oleh minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran serantau merekodkan prestasi bercampur-campur.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal dalam julat kecil antara RM4,000 satu tan hingga RM4,300 satu tan pada Februari berikutan paras stok dan penyusutan pengeluaran secara bermusim, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) - Kee Ming Group Bhd menyasar mengumpulkan RM31.50 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 12 Februari, 2026.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026, disokong oleh kadar inflasi yang rendah pada 2025 dan pertumbuhan ekonomi yang stabil.