7hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kemunculan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) menjadi pemangkin baharu bagi Malaysia, dengan menarik pembiayaan berjumlah US$759 juta dan menyokong lebih 60 syarikat pemula AI tempatan dari separuh kedua 2024 (2H 2024) hingga separuh pertama 2025.
7hari ago
GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang sedang menuju ke arah pengembangan yang pesat dalam sektor pelancongan kapal persiaran, dengan jumlah penumpang dijangka meningkat sebanyak 47 peratus pada 2026.
7hari ago
PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Industri digesa mempercepat peralihan mereka kepada model perniagaan berteraskan kecerdasan buatan (AI) berikutan lima tahun akan datang adalah tempoh kritikal dalam negara memacu ke arah matlamat 2030.
8hari ago
Daripada M. Saraswathi
NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd menyasarkan lebih banyak peluang perniagaan di Afrika selepas beroperasi di benua ini selama lebih tiga dekad, kata Ketua Pegawa Eksekutif Lim Chern Yuan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- S&P Global Ratings telah meningkatkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 untuk Asia Pasifik kepada 4.2 peratus daripada 4.0 peratus, ekonomi Malaysia pula kini dijangka berkembang pada kadar yang lebih pantas iaitu 4.5 peratus.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik, HE Group Bhd menyasarkan untuk mencapai prestasi kewangan lebih baik tahun depan, didorong lonjakan permintaan pusat data di Malaysia serta sentimen positif susulan pemindahan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 meningkat kepada RM563.30 juta berbanding RM402.30 juta tahun sebelumnya.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd (SunCon) melonjak kepada RM83.78 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM46.47 juta pada suku yang sama tahun lepas, didorong terutama oleh projek pusat data dan dalaman.
12hari ago
Daripada M. Saraswathi
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat potensi besar untuk menghubungkan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika (AfCFTA) dengan pasaran ASEAN, yang dapat membuka ruang pertumbuhan baharu.
12hari ago
PETALING JAYA, 20 Nov (Bernama) -- Pengeluar upholsteri kulit automotif Pecca Group Bhd (PGB) sedang berusaha mencapai matlamatnya memiliki status pembekal Tahap-1 pada 2026, susulan pelancaran barisan pemasangan tempat duduk penuh yang dirancang awal tahun depan.