Terdapat 1898 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Jualan Serantau, Indeks Komposit Turun 2.56 Peratus

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Isnin sejajar dengan penjualan meluas di pasaran serantau apabila konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah menjejaskan sentimen pelabur dan menimbulkan semula kebimbangan mengenai inflasi global.

Pasaran Modal Malaysia Bakal Jadi Hab Produk Khusus Bertemakan ASEAN

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia akan berkembang menjadi hab produk dengan produk khusus bertemakan ASEAN termasuk  dana dagangan bursa (ETF) patuh Syariah, dana beretika, mampan dan infrastruktur, melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 (CMP).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau, Harga Minyak

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah berikutan sentimen terjejas oleh lonjakan harga minyak mentah, dengan harga minyak mentah Brent melebihi US$105 setong.

Ringgit Dibuka Rendah, Lonjakan Harga Minyak Sokong Dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan langkah mengelak risiko yang meningkat mengukuhkan mata wang itu selepas harga minyak mentah Brent melonjak 15.5 peratus kepada US$107.04 setong, kata penganalisis.

RON95 Boleh Kekal Pada RM1.99 Walaupun Harga Minyak Global Melonjak - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.

Situasi Timur Tengah, Data Ekonomi AS Akan tentukan Hala Tuju Ringgit Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan berikutan sentimen pasaran terus dipengaruhi oleh perkembangan di Timur Tengah manakala pelabur akan memantau trajektori harga minyak mentah dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bakal diumumkan.

Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka didagangkan dengan ketidaktentuan minggu depan ketika pelabur menilai semula implikasi daripada konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah, kata penganalisis.

Indeks Utama Bursa Malaysia Menokok 4.19 Mata Dalam Dagangan Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan global membabitkan kenaikan kos tenaga dan risiko inflasi susulan konflik Timur Tengah yang meruncing.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah dan kenaikan harga minyak dengan tiada petunjuk krisis di Timur Tengah akan mereda.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Didorong Sentimen Berhati-hati Dalam Pasaran Pertukaran Asing

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat apabila sentimen pasaran pertukaran asing kekal berhati-hati susulan tiada petunjuk krisis di Timur Tengah mereda sepanjang minggu ini.