4bulan ago
JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Johor berjaya menghasilkan 33,000 peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pemindahan teknologi dan kepakaran serta mengukuhkan daya saing ekonomi negeri berikutan berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi maju.
4bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Johor mencatatkan prestasi pelaburan tertinggi di Malaysia bagi tempoh suku pertama 2025 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM30.1 bilion, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai peneraju utama pelaburan negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Sunway Lagoon memeriahkan suasana malam menerusi tarikan terbaharu, “Captain Quack Land” di Sunway Lagoon Night Park yang menawarkan pengalaman luar biasa dipenuhi sinaran lampu mempesonakan, menghiburkan dan pengembaraan mendebarkan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pavilion Bukit Jalil menjadikan cuti sekolah ini sebagai sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan menerusi sambutan ulang tahun ke-80 Mattel.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang akan berlangsung buat kali pertama hari ini, mencerminkan kejayaan dalam membentuk semula corak kerjasama sejajar dengan realiti dunia multipolar hari ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk memacu perdagangan rentas wilayah, memperkukuh rantaian bekalan serantau dan memajukan pembangunan infrastruktur yang mampan, mengambil kira skala ekonomi gabungan ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China yang sangat besar.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA), peneraju hartanah dan pengurusan aset, terus memperkukuh kehadirannya di Johor dengan menawarkan 422 unit hartanah yang menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat bagi memperkasa pemilikan hartanah di kawasan bandar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kehadiran wakil International Economic Senate (IWS) dan delegasi World Economic Council membuka peluang pengembangan pelaburan terutamanya melibatkan syarikat Jerman di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan syarikat gergasi pengkomputeran, Advanced Micro Devices Inc. (AMD) mengenai hala tuju syarikat itu dalam mendukung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
5bulan ago
KUANTAN, 29 April (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyeru penggiat industri minyak sawit untuk menyokong inisiatif pelet hitam TG2, inovasi bio bahan api boleh baharu yang berpotensi menggantikan arang batu dalam penjanaan tenaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 atau meningkat 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Platform e-dagang Taobao Malaysia merancang untuk melancarkan antara muka (interface) dalam Bahasa Malaysia menjelang Jun 2025.