BERITA TERKINI   Malaysia raih emas sulung Kabaddi di Sukan SEA menerusi acara 3 Stars lelaki | Bantuan Wang Ihsan akan disalurkan ketika mangsa banjir masih berada di PPS - TPM Ahmad Zahid | Cadangan naikkan jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana akan dibawa ke mesyuarat Kabinet - TPM Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Malaysia capai sasaran pingat ke-200 dengan raih emas acara berbasikal trek kejar-mengejar berpasukan lelaki | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Nur Aisyah Mohamad Zubir raih pingat emas acara scratch wanita | 

Terdapat 981 berita berdasarkan kata kunci carian " ekuiti"

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Pemulihan Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat hari ini dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah dan menjejaki pemulihan semalaman Wall Street berikutan jangkaan pelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya namun ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi intra hariannya pada Selasa ketika sentimen pelabur terus pulih susulan pengukuhan di serata pasaran Asia, kata penganalisis.

Prestasi Kukuh Ringgit Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur.

Aktiviti Pembelian Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan bulan terakhir tahun ini dengan kedudukan lebih kukuh apabila indeks utama naik 1.25 peratus ketika ditutup Isnin, didorong oleh aktiviti pemburuan saham murah yang kembali aktif dan pengimbangan semula portfolio hujung tahun oleh pelabur institusi.

KWSP Lantik Mohamad Hafiz Sebagai CIO, Ahmad Rizal Sebagai CFO

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) yang baharu dan Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.

SMJ Energy Ambil Alih 20 Peratus Kepentingan Kontrak Perkongsian Pengeluaran Sabah Utara

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Sabah dijangka mendapat manfaat yang lebih besar dalam sumber minyak dan gas (O&G) susulan pengambilalihan sebanyak 20 peratus kepentingan penyertaan bukan operasi dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Perolehan Semula Minyak Dipertingkat (EOR) Sabah Utara oleh syarikat milik kerajaan negeri SMJ Energy (SMJE).

Belian Semasa Harga Rendah Dijangka Rangsang Bursa Malaysia Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti pembelian saham berharga rendah minggu depan selepas tidak mengalami banyak perubahan baru-baru ini berikutan pelabur menilai semula sentimen pasaran sementara menunggu petunjuk makroekonomi global yang utama.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Semakin Pulih Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dengan kecenderungan menaik minggu hadapan, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Inisiatif RKB Di Bawah MITI Pertingkat Akses Kepada Pembiayaan, Perkukuh rantaian Bekalan Aeroangkasa

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah diterjemahkan kepada impak ketara, menambah baik penyampaian perkhidmatan, mengurangkan birokrasi dan memupuk persekitaran yang lebih mesra perniagaan.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Ditutup Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi kekurangan petunjuk daripada Wall Street, ketiadaan pemangkin baharu, serta penjualan.