17hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Pasaran getah dijangka suram minggu hadapan, dengan harga komoditi itu bergerak mendatar dengan kecenderungan menurun berikutan permintaan lemah dari China menjelang cuti sempena Tahun Baharu Cina.
17hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan.
17hari ago
GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.
19hari ago
SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- SGX Group (Singapore Exchange) hari ini, mencatatkan keputusan separuh tahun yang paling kukuh, dengan keuntungan bersih melonjak sebanyak 11.6 peratus kepada S$357.1 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2026 berakhir 31 Dis 2025 berbanding S$320.1 juta (S$1 = RM3.09) yang dicatatkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 menurun kepada RM112.19 juta daripada RM169.02 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut walaupun aliran masuk asing bersih merosot kepada RM12.8 juta minggu lepas, menurun daripada RM510.9 juta pada minggu sebelumnya.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB), memperoleh empat kontrak bernilai RM41.3 juta keseluruhannya bagi kerja-kerja infrastruktur elektrik berkaitan dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM466.91 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, berbanding RM409.92 juta pada tahun sebelumnya.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- KLCCP Stapled Group yang terdiri daripada KLCC Property Holdings Bhd dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi kepada RM1.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM1.02 bilion pada tahun sebelumnya.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM178 juta pada suku keempat berakhir 31 Dis 2025 berbanding RM203.56 juta yang dicatatkan tempoh yang sama tahun sebelum ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Anak syarikat MCE Holdings Bhd (MCE), iaitu Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd dan MCE Hengtuo Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM37.9 juta daripada pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton).
26hari ago
PETALING JAYA, 29 Jan (Bernama) -- Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) menyasarkan untuk melaksanakan lebih banyak usaha pengambilalihan pada 2026 dengan menumpukan kebanyakannya aset-aset perindustrian.