Terdapat 1273 berita berdasarkan kata kunci carian " anwar"

Subsidi Petrol, Diesel Di Bawah BUDI95 Dan Budi Diesel Cecah RM4 Bilion Sebulan - MOF

PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan menanggung subsidi petrol dan diesel yang dianggarkan mencecah RM4 bilion sebulan di bawah pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel, susulan peningkatan harga minyak mentah global.

Kerajaan Kekal Disiplin Fiskal, Malaysia Terus Tarik Pelabur Meski Ketegangan Asia Barat

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengekalkan disiplin fiskal serta mengelakkan pembaziran dan ketirisan bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat Malaysia Perlu Bersedia Hadapi Tekanan Berpanjangan Pasaran Minyak -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia disarankan bersedia menghadapi tempoh tekanan yang berpanjangan dalam pasaran minyak walaupun konflik di Asia Barat dijangka mereda dalam masa terdekat, kata Profesor Adjung Universiti Teknologi Petronas Samirul Ariff Othman.

Bina Masa Depan Melalui Bakat: Huawei Malaysia Perkasa 5G, AI Dan Kesalinghubungan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Seiring dengan langkah Malaysia melaksanakan rangkaian 5G untuk mengimbangi kemajuan teknologi dengan tahap kesiapsiagaan, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) meningkatkan usaha pembangunan bakat bagi menyokong pelaksanaan yang lancar dalam era digital.

Pelancaran Pelan Tindakan, Pelan Induk JS-SEZ Ditangguh

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelancaran pelan induk dan pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijadualkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru, ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kompleks Pembungkusan, Pembuatan Pemasangan Intel Bakal Beroperasi Lewat Tahun Ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelaburan Intel di Malaysia bakal berkembang dengan kompleks pembungkusan termaju dan pembuatan pemasangan akan bermula operasi pada lewat tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Konflik Asia Barat: Tiada Pakej Rangsangan Ekonomi Buat Masa Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perancis Berusaha Perluas Pelaburan Dalam Sektor Aeronautik, Tenaga Dan Mineral Kritikal Di Malaysia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Perancis menggalakkan lebih banyak syarikatnya melabur di Malaysia, khususnya dalam sektor seperti aeronautik, tenaga dan mineral kritikal termasuk unsur nadir bumi (REE), menurut Duta Besar Perancis ke Malaysia Marc Abensour.

Bursa Malaysia Susut Di Bawah Paras 1,700 Berikutan Ketidaktentuan Global Jejas Saham

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, menyusut di bawah paras psikologi utama 1,700 mata memandangkan perkembangan geopolitik terus mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis.

Malaysia, EU Teruskan Rundingan Pusingan Keempat MEUFTA Pada Jun 2026

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) akan meneruskan rundingan pusingan keempat bagi Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) pada Jun 2026, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bursa Malaysia Susut Di Bawah Paras 1,700 Pada Tengah Hari Diasak Lonjakan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari Jumaat di bawah paras psikologi 1,700, menjejaki prestasi suram kebanyakan pasaran serantau apabila sentimen terus dijejaskan oleh lonjakan harga minyak, termasuk Brent melebihi US$100 setong.

Kerajaan Berusaha Panjangkan Jaminan Bekalan Minyak Negara - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang berusaha memanjangkan jaminan bekalan minyak negara serta memastikan bekalan dalam negara kekal stabil susulan konflik yang berlaku di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.