Terdapat 36 berita berdasarkan kata kunci carian " ambil alih"

KJTS Group Cadang Ambil Alih Malakoff Utilities Pada Harga RM65.5 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- KJTS Group Bhd bercadang untuk mengambil alih Malakoff Utilities Sdn Bhd (MUSB), anak syarikat Malakoff Corporation Bhd pada harga RM65.5 juta secara tunai.

Icon Offshore Terima Persetujuan Pemegang Saham Bagi Ambil Alih Saham, Perubahan Nama

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Icon Offshore Bhd menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan pengambilalihan saham tujuh syarikat bernilai RM403.5 juta serta saranan pertukaran nama kepada Lianson Fleet Group Bhd (LFG).

UEM Ambil Alih 1.5 Juta Saham MAHB Pada RM10.96 Sesaham

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- UEM Group Bhd mengambil alih 1.5 juta saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM10.96 sesaham pada Jumaat, 24 Jan 2025.

GDA Patuh Sepenuhnya Syarat Suruhanjaya Sekuriti Bagi Ambil Alih MAHB

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) hari ini menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya Peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pengambilalihan Wajib.

Saham MAHB Naik Selepas Dagangan Dihentikan Susulan Laporan Ambil Alih

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Dagangan saham-saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang digantung pada jam 9 pagi Isnin dan disambung semula sejam kemudian, memaparkan prestasi yang positif.  

Proses Ambil Alih MASwings Dijangka Selesai Menjelang Suku Pertama 2025

KUCHING, 30 Dis (Bernama) -- Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Deleum Ambil Alih 70 Peratus Kepentingan PT OSA Industries Indonesia Untuk RM31.3 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Deleum Bhd (Deleum), Deleum Services Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian pembelian saham bagi mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam PT OSA Industries Indonesia Pte Ltd (PT OSA) pada harga US$7 juta (RM31.3 juta). 

Iwata Japan Ambil Alih EQX Materials, Menjenamakan Semula Sebagai EQX Iwata

GEORGE TOWN, 3 Dis (Bernama) -- Iwata Japan, pemimpin global dalam bidang kimia dan bahan, mengambil alih EQX Materials Sdn Bhd yang kini akan beroperasi sebagai EQX Iwata Sdn Bhd dan menjadi anak syarikat utama dalam kumpulan Iwata.

Sarawak Bakal Ambil Alih MASwings Bulan Depan

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Gagasan Nadi Cergas Ambil Alih Pengurusan Aset Asrama Pelajar Bernilai RM185 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Gagasan Nadi Cergas Bhd bercadang untuk mengambil alih konsesi pengurusan aset asrama pelajar bernilai RM185 juta.

Public Bank Cadang Ambil Alih 44.5 Peratus Pegangan Dalam LPI Capital Bernilai RM1.72 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.

MGA Gesa Sektor Tenaga Terima Agenda D&I Untuk Tenaga Kerja Masa Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) telah menyeru sektor tenaga untuk menerima agenda kepelbagaian dan keterangkuman (D&I) dalam tenaga kerja mereka.