BERITA TERKINI   GSF 2.0: Kesemua 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air pada Ahad - Wisma Putra   | Pengguna media sosial perlu sahkan umur guna dokumen rasmi mulai 1 Jun, pastikan kanak-kanak bawah 16 tahun tidak bebas buka akaun - Teo Nie Ching | Lebih 11,000 program Kempen Internet Selamat dilaksanakan, melibatkan 1.8 juta peserta setakat 30 April - Teo Nie Ching | 

UEM Ambil Alih 1.5 Juta Saham MAHB Pada RM10.96 Sesaham

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- UEM Group Bhd mengambil alih 1.5 juta saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM10.96 sesaham pada Jumaat, 24 Jan 2025.

Dalam nota penyelidikan hari ini, AmInvestment Bank Bhd, bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan GIP Aurea Pte Ltd (pemberi tawaran bersama) berkata urus niaga itu adalah sebahagian daripada proses pengambilalihan yang sedang dilaksanakan dimulakan oleh pemberi tawaran bersama untuk mengambil alih semua baki saham biasa dalam MAHB yang belum dimiliki oleh mereka.

Setakat 24 Januari, saham MAHB yang dimiliki oleh pemberi tawaran bersama telah mencapai 92.82 peratus, melebihi ambang 90 peratus.

-- BERNAMA