6hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Simposium Beyond Insights 2026 menghimpunkan pemimpin teknologi global, perintis teknologi kewangan (fintech) dan ahli strategi pasaran untuk mengkaji bagaimana trend mega yang berkembang pesat sedang mencorakkan semula pasaran.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Lebih daripada 40 dasar dan inisiatif utama yang baharu diperkenalkan dan lebih daripada 80 akta dipinda termasuk akta baharu yang digubal sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kerajaan berjaya mengurangkan pertumbuhan bayaran khidmat hutang (DSC) pada 2025 kepada 6.4 peratus berbanding 12.3 peratus pada 2023 dan sembilan peratus pada 2024 berikutan pelaksanaan langkah reformasi fiskal serta pengurusan hutang yang berhemah.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) --Sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya semikonduktor, akan terus menjadi antara sektor utama untuk pelaburan berpotensi tahun ini, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo telah disenaraikan dalam “Apolitical”, platform dalam talian terbesar di dunia untuk kerajaan, atas usaha beliau dalam memacu agenda kecerdasan buatan (AI), 5G dan transformasi digital negara.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Perdagangan Malaysia dengan ASEAN mencatatkan peningkatan 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk tempoh Januari hingga November 2025, mewakili 25.6 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia sebanyak RM2.775 trilion bagi tempoh yang sama pada 2024.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan tiada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) membenarkan pihak luar melangkaui undang-undang mahupun peraturan domestik Malaysia.
8hari ago
PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi negara berada pada landasan betul dengan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing dan syarikat besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk pembangkang berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) akan diadakan sebelum perjanjian itu diratifikasi secara muktamad.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mengumumkan pelaksanaan Komitmen Gaji Kehidupan Wajar seiring dengan usaha Malaysia untuk mempromosikan gaji yang wajar dan mencukupi sambil memperkukuh falsafah kumpulan itu iaitu rakyat didahulukan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Malaysia memerlukan strategi yang transformatif bagi memperkukuhkan penyertaan dan sumbangan perusahaan bumiputera kepada pertumbuhan ekonomi negara.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 26 Oktober, 2025 semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 masih belum dikuatkuasakan berikutan kerajaan masih dalam peringkat perundingan dan mahukan jaminan bertulis yang jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.