Terdapat 2300 berita berdasarkan kata kunci carian " minyak"

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Dapat Sokongan Baik Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka terus mendapat sokongan yang baik minggu depan, disokong oleh kebimbangan mengenai inflasi berikutan harga minyak diunjurkan kekal tinggi.

Inflasi Mac Pada 1.7 Peratus Kekal Terkawal, Bersifat Sementara - Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ketika Harga Minyak Mentah Susut

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dalam persekitaran harga minyak mentah menyusut, kata peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Unjuran Kukuh KDNK

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini dengan meneruskan momentum kenaikan, dipacu sentimen positif berikutan pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang sekali gus mengukuhkan naratif permintaan domestik yang berdaya tahan.

Kenaikan Harga Minyak, Insentif Cukai Percepat Peralihan Malaysia Kepada EV - Pakar

PETALING JAYA, 17 April (Bernama) -- Kenaikan harga minyak yang berkaitan dengan krisis Asia Barat dan pelaksanaan pengecualian cukai ke atas kenderaan elektrik (EV) oleh kerajaan dijangka mendorong lebih ramai beralih kepada EV, kata pakar.

KDNK Suku Pertama Malaysia Tumbuh 5.3 Peratus, Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama 2026 berdasarkan anggaran awal, mencerminkan asas ekonomi yang kekal berdaya tahan meskipun berdepan peningkatan ketidaktentuan global, khususnya kenaikan harga minyak susulan ketegangan geopolitik, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Biodiesel B15 Dilaksana Secara Berperingkat, Elak Ganggu Operasi Sedia Ada - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Pelaksanaan kadar adunan biodiesel B15 akan dijalankan secara berperingkat untuk mengelak gangguan terhadap operasi industri sedia ada, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sektor O&G Kekal Berdaya Tahan Meskipun Penurunan Unjuran Prospek Minyak 2026 IEA

KUALA LUMPUR,17 April (Bernama) -- Sektor minyak dan gas kekal positif meskipun Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyemak turun secara ketara unjuran permintaan minyak bagi 2026 daripada pertumbuhan 730,000 tong sehari kepada 80,000 tong sehari.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana di kaunter berkaitan indeks utama memberi impak kepada dagangan awal, walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.

Industri Pembuatan Plastik Malaysia Terus Alami Ketidaktentuan Susulan Krisis Asia Barat - MPMA

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Industri pembuatan plastik negara dijangka terus mengalami ketidaktentuan dalam jangka masa pendek hingga sederhana berikutan krisis di Asia Barat, menurut Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Sedikit Lebih Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah yang terus menyokong sentimen pasaran, kata seorang peniaga. 

Felda, FGV Teroka Semula Peranan Minyak Sawit, Ubah Sisa Kepada Kekayaan

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Bhd sedang meneroka semula peranan minyak sawit dalam ekonomi masa depan Malaysia, dipacu kecanggihan teknologi, dengan menilai produk sampingan minyak sawit sebagai sumber strategik dan bukan lagi sisa tradisional.