4bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.4 peratus dalam suku pertama 2025, didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang kekal mampan disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif dan dasar kerajaan, berbanding 4.2 peratus dalam tempoh sama 2024.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) -- Johor yakin dapat mencapai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah hampir RM60 bilion menjelang suku kedua tahun ini.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membatalkan peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) era Biden, membuka peluang kepada Malaysia untuk mengembangkan industri cip AI dan memacu sektor pusat datanya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kosovo, negara Balkan yang dikelilingi daratan, mempelawa pelaburan dari Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tenaga boleh baharu serta pembuatan, kata Presidennya Dr Vjosa Osmani Sadriu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2025 yang pada masa ini disasarkan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus mungkin perlu diturunkan berikutan impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5bulan ago
PASIR GUDANG, 24 April (Bernama) -- Pelabur langsung asing (FDI) kekal sebagai sumber utama pelaburan di Johor apabila menyumbang lebih kurang 80 peratus daripada RM23 bilion pelaburan dalam perancangan bagi April.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan menjadi pemangkin kepada usaha Pavilion Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM13 bilion semasa Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Kansai, Jepun.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Menyifatkan langkah tarif Amerika Syarikat (AS) sebagai “krisis Trump”, Tan Sri Nazir Razak berkata ini adalah peluang bagi ASEAN untuk menunjukkan dan mengukuhkan lagi perpaduan dan daya tahan serta bersama-sama meningkatkan integrasi ekonomi blok tersebut.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank negara Malaysia (BNM) berkata dasar desentralisasi rizab antarabangsa BNM sejak dahulu telah menyebabkan pengumpulan aset luaran bukan rizab yang besar dan memperluas kedudukan luaran Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal di atas trend pada 4.5 peratus, dipacu terutamanya oleh pelaburan dan penggunaan yang kukuh, kata UBS Investment Bank Global Research.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Nilai keseluruhan pelaburan asing (FI) yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi merangkumi sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga September 2024 adalah berjumlah RM254.7 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.