Terdapat 37 berita berdasarkan kata kunci carian " cgs"

Kepimpinan Malaysia Di Bawah Anwar Ibrahim Perkukuh Kerjasama ASEAN - Nazir Razak

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan kekuatan unik dalam membawa pemimpin ASEAN bersama-sama untuk membincangkan dan menangani isu serantau secara kolaboratif.

Enam Bank Meterai LOI Sedia Kemudahan Kewangan Di JS-SEZ - Rafizi

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sebanyak enam bank menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Kementerian Ekonomi hari ini, menyediakan kemudahan kewangan untuk menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Paradigm REIT Meterai Perjanjian Penaja Jamin Bagi Penyenaraian Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) --  Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT), syarikat amanah pelaburan hartanah tempatan memeterai perjanjian penaja jamin dengan tiga bank pelaburan menjelang cadangan penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

PNB Perkukuh Portfolio Dengan Lepaskan Pegangan Dalam Pelaburan Legasi

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pegangannya dalam pelaburan legasi, membolehkannya mengukuhkan kelas aset lain termasuk pendapatan tetap, kata Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Rick Ramli.

CGS International Sasar Sehingga 10,000 Pengguna Sertai Platform 'UP'

KUALA LUMPUR, 8  April (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menyasarkan seramai 10,000 pengguna didaftarkan bagi platform dagangan saham pecahan yang baharu dilancarkan di Bursa Malaysia iaitu UP.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan pengukuhan harga minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Harga Minyak Sawit Mentah Dijangka Kekal RM4,500-RM4,600 Setan Pada Mac

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Harga semerta minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal disokong paras semasa, diniagakan dalam julat RM4,500–RM4,600 setan bulan ini, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

ASEAN : JS-SEZ Bukti Komitmen Malaysia Terhadap Integrasi Serantau - Loke

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) membuktikan komitmen Malaysia terhadap usaha integrasi serantau, lebih tepat lagi ketika negara ini menggalas tugas  kepengerusian ASEAN pada tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Malaysia Mahu Tingkatkan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas Jadi Hab Perdagangan Serantau

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk memodenkan dan mengembangkan kedua-dua Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas tahun ini dari segi meningkatkan kapasiti, menambah baik jumlah aliran barang dan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan serantau yang penting, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Cadangan Caruman KWSP Terhadap Pekerja Asing Untuk Tangani Isu Gaji - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Belanjawan 2025 Lonjak Daya Saing Malaysia, Kukuh Peranan Terajui Kewangan Islam - CGS Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Langkah serta insentif diketengahkan kerajaan dalam Belanjawan 2025, jelas mengutamakan daya saing negara, khususnya dalam melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perniagaan serta rakan dagang yang kukuh, kata CGS Malaysia.