10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) hari ini mengumumkan prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Januari 2025 yang mencatatkan 9.2 juta penumpang, peningkatan sebanyak 28.2 peratus berbanding Januari 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Keputusan Arm Ltd untuk memilih Malaysia sebagai rakan kongsi Asia Tenggara pertamanya telah menetapkan objektif jelas yang akan membantu meningkatkan sektor semikonduktor negara.
10bulan ago
IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Green Excel Manufacturing Sdn Bhd (GEM) melancarkan kemudahan pembuatan tercanggih di Taiping pada 1 Mac lepas, membuktikan komitmennya terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan operasi global dan tempatannya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024, menyusut daripada 132,000 hektar (2.3 peratus) pada 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Gamalux telah meraih kejayaan yang ketara melalui pembinaan kilang baharunya di Pulau Indah, yang sedang berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang suku kedua 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pembukaan kilang kedai roti halal Paris Baguette di Johor merupakan kemajuan yang signifikan dalam mengukuhkan hubungan ekonomi serta pelaburan antara Malaysia dan Korea Selatan, kata Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi memperkukuh ketepatan penggunaan kod bidang perniagaan menerusi portal SSM BizCodEX.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memeterai perjanjian usahasama dengan firma berpangkalan di China, Sanly dan Jujin bagi pengeluaran komponen automotif utama Proton Saga MC3.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pusat Latihan dan Penilaian Berasaskan Kompetensi (CBTA) Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) memberi akreditasi dan kelulusan kepada cabang latihan Malaysia Aviation Group (MAG), MAB Academy untuk memperakui kursus Peraturan Barangan Berbahaya (DGR).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) berpandangan bahawa penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menjejaskan aspek keselamatan berdasarkan komitmen dan kerjasama antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik.