1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 menyasarkan untuk mencapai peningkatan jualan sebanyak lima peratus tahun ini berbanding jualan di acara yang sama berjumlah US$1.28 bilion (US$1 = RM4.43) pada tahun lepas.
1tahun ago
Daripada Anas Abu Hassan
DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia mencatatkan permulaan yang kukuh dengan menyampaikan suara bersama blok dianggotai 10 negara itu mengenai cabaran, potensi dan kebebasannya dalam membuat keputusan pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini.
1tahun ago
DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia menyasar untuk memberi keutamaan kepada tenaga dan ketersambungan dengan tumpuan membina kepercayaan dan keterangkuman dalam kalangan negara anggota.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, dipengaruhi kebimbangan mengenai permintaan berkurangan dari India susulan harga minyak alternatif yang lebih murah, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu menggunakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Moody’s Analytics mengunjurkan bahawa tarif global yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump akan memuncak menjelang akhir 2025, dengan tarif ke atas China meningkat kepada 40 peratus daripada paras semasa, 20 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ketara dalam sektor penerbangan pada 2024, didorong oleh pertambahan 12 syarikat penerbangan baharu, 16 penerbangan yang disambung semula dan 24 destinasi baharu, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi susulan kadar pengeluaran yang perlahan dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- CIMB Group kekal komited dalam menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuh hubungan ekonomi global, meningkatkan kelebihan daya saing Malaysia, dan memupuk kemampanan ekonomi jangka panjang.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurunnya hari ini berikutan permintaan lemah dari pasaran destinasi utama iaitu India, China dan Kesatuan Eropah.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 14 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menyasarkan untuk menerbangkan lima juta penumpang ke Sabah melalui Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pada 2025, hampir dua kali ganda daripada 3.7 juta ketibaan yang direkodkan pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Harga purata minyak sawit mentah (MSM) melonjak 9.7 peratus kepada RM4,179.50 satu tan tahun lepas daripada RM3,809.50 satu tan pada 2023, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.