BERITA TERKINI   292,158 akaun pengguna terima 15 peratus rebat bil air Oktober susulan gangguan bekalan air akibat pencemaran Sungai Johor - MB Onn Hafiz | Bank Negara Malaysia kekalkan kadar dasar semalaman pada 2.75 peratus | KKM perluas Dental Information System tingkat keseragaman perkhidmatan pergigian seluruh negara - Dzulkefly | KKM sasar 956 klinik pergigian operasi secara digital sepenuhnya menjelang 2027 - Dzulkefly | Sebanyak 5.5 juta saman JPJ masih tertunggak, pemilik kenderaan berisiko disenarai hitam jika gagal bayar sebelum 30 Dis – Loke | 

Terdapat 349 berita berdasarkan kata kunci carian " bnm"

BMI Unjur Defisit Malaysia Susut Di Bawah 4 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran terhadap defisit belanjawan Kerajaan Persekutuan lebih rendah berbanding 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, kepada 4.3 peratus pada 2024, dan seterusnya 3.9 peratus pada 2025.

Malaysia Dan Indonesia Baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala

JAKARTA, 28 Sept (Bernama) -- Pembaharuan Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (LCBSA) antara Malaysia dan Indonesia membolehkan pertukaran mata wang tempatan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) bernilai hingga RM24 bilion atau IDR82 trilion untuk tempoh lima tahun.

 

BNM Mohon Respons Untuk Peralihan Penuh Ke MYOR/MYOR-i

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mendapatkan maklum balas mengenai cadangan pelan hala tuju tiga tahun peralihan penuh kepada Kadar Semalaman Malaysia (MYOR) dan Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) di samping penamatan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR).

Ringgit Mengukuh Susulan Penurunan Kadar AS, Prospek Positif Ekonomi Malaysia - BNM

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Simposium PIDM Tingkat Kesediaan Krisis Dalam Kalangan Institusi Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sekali lagi menganjurkan Simposium Resolusi Kebangsaan (NRS) untuk meneruskan perbincangan mengenai kaedah menangani atau menyelesaikan kegagalan institusi kewangan di tengah-tengah ketidaktentuan yang semakin meningkat.

Inflasi Rendah Dorong Ringgit Teruskan Kenaikan Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila kadar inflasi domestik yang lebih rendah membantu ringgit meneruskan kenaikan yang dicatatkan baru-baru ini, kata penganalisis.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$117.6 Bilion Pada 12 Sept 2024

KUALA LUMPUR, Sept 23 (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada US$116.8 bilion (US$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.

Belanjawan 2025: Tera Minta Kuota SolaRIS Dilanjutkan, Liberalisasi Grid Berperingkat

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh BM Greentech Bhd, Tera VA Sdn Bhd berharap kerajaan melanjutkan program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) dan Skim Insentif Solar Untuk Rakyat (SolaRIS) dengan tambahan selama dua tahun dalam Bajet 2025 yang dijadual dibentangkan 18 Oktober ini.

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, didorong sentimen keyakinan berikutan langkah penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Kadar Faedah AS, Pembaharuan Struktur Dan Prospek Ekonomi Malaysia Pacu Ringgit - BNM

Oleh Vijian Paramasivam

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah memberi impak besar terhadap ringgit Malaysia, terutama dari segi anjakan dinamik mata wang di serata rantau ini.

Malaysia, Kemboja Lancarkan Jalinan Pembayaran QR Rentas Sempadan - BNM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia (NBC) melancarkan jalinan pembayaran QR (respons pantas) rentas sempadan antara Kemboja dengan Malaysia.

OPR Dijangka Kekal Pada 3.00 Peratus Meskipun Fed Mungkin Turunkan Lagi Kadar - Rakuten

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mungkin menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi tahun ini.