1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- The Tokyo Game Show (TGS 2024) yang diadakan dari 26 hingga 29 Sept, 2024 di Makuhari Messe di Chiba, Jepun, berjaya menarik 274,739 peserta, meningkat daripada 243,238 peserta pada 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Neoteric Engineering Sdn Bhd menduduki tempat pertama di bawah Kategori Terbuka SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge (SSSIC) 2024 membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan dinobatkan sebagai juara utama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) – OCBC Bank melantik George Lee Lap Wah sebagai Pengerusi OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan OCBC Al-Amin Bank Bhd (OCBC Al-Amin) berkuat kuasa hari ini.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi tinggi sedikit hari ini, dipacu oleh belian yang diperbaharui dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan pemulihan pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
SEOUL, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang telah ditandatangani pada 2019, menjelang November ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan aliran peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau selain kenaikan penanda aras harga minyak mentah di tengah-tengah data ekonomi China yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.
1tahun ago
SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- TM Malaysia Bhd (TM) akan terus memenuhi permintaan industri permainan dengan mengukuhkan infrastruktur permainan awan dan kelebihan pengkomputeran dengan menandatangani perjanjian perkhidmatan bersama Radian Arc yang berpangkalan di Australia hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd melonjak sebanyak 132.3 peratus kepada RM54.71 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai 2024 berbanding RM23.65 juta yang direkodkan pada tahun sebelum ini.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif, dengan saham kewangan mendahului penurunan.
1tahun ago
Daripada Hasnah Jusid
SEOUL, 30 Sept (Bernama) -- CelcomDigi Bhd dan pengendali telekomunikasi tanpa wayar terkemuka Korea Selatan, SK Telecom Co Ltd, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam inisiatif kecerdasan buatan (AI).