BERITA TERKINI   Anak syarikat Pansar Bhd, Perbena Emas Sdn Bhd memperoleh kontrak RM234.88 juta daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk naik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok | Semua pengimportan kenderaan elektrik CBU yang dipasang siap di luar negara adalah tertakluk kepada dua syarat utama bermula 1 Julai 2026 - MITI | MITI benarkan baki stok sedia ada dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis | Dasar berkaitan kenderaan elektrik CBU dikembalikan kepada ketetapan sedia ada susulan penamatan tempoh pengecualian khas pada 31 Dis 2025 - MITI | Seorang lelaki berusia 70 tahun menjadi jemaah kedua meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung- Tabung Haji | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi, Mejejaki Trend Dalam Pasaran Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan aliran peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau selain kenaikan penanda aras harga minyak mentah di tengah-tengah data ekonomi China yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun mencecah paras tertinggi dalam 13 tahun, disokong oleh yen yang lebih lemah dan harga minyak yang lebih tinggi.

"Namun, kenaikan selanjutnya telah dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US serta tekanan daripada krisis Timur Tengah," kata peniaga itu kepada Bernama.

Sentimen itu juga dirangsang oleh gangguan bekalan akibat keadaan cuaca buruk di Thailand termasuk jangkaan rangsangan ekonomi selanjutnya dari China.

Beliau berkata agensi meteorologi di negara pengeluar getah terkemuka, Thailand memberi amaran hujan lebat yang mungkin menyebabkan banjir kilat dari 29 Sept hingga 5 Okt.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan bahawa harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat 21.5 sen kepada 865 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok 2.5 sen kepada 712.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 893.50 sen sekilogram, manakala, lateks pukal pada 715.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA