9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih yang tinggi sebanyak US$7.12 bilion (RM31.68 bilion, US$1 = RM4.45), dengan Korea Selatan dan India menerima tekanan jualan yang paling tinggi.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Malaysia perlu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global termasuk kesan daripada kejatuhan pasaran di Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan kerugian sehingga trilion dolar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Malaysia dan negara-negara ASEAN perlu membentuk satu kesepakatan dalam isu tarif yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan rundingan dan perbincangan yang bakal dijalankan mempunyai asas yang kukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan perbincangan mengenai tindakan bersama ASEAN terhadap tarif perdagangan sepihak yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
9bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai ruang untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tindakan Washington yang mengenakan tarif timbal balik 24 peratus ke atas barangan Malaysia, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia tidak seharusnya panik dan gopoh membuat keputusan berhubung kesan tarif timbal balik 24 peratus ke atas barangan Malaysia oleh Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Di tengah-tengah usaha Amerika Syarikat (AS) membentuk semula sistem perdagangan global untuk manfaatnya sendiri, peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN bagi 2025 menjadi kritikal dalam meneraju pertumbuhan seterusnya ekonomi blok itu.
9bulan ago
Oleh Sukudhew (Sukhdave) Singh
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tarif baharu Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi dan langkah tindak balas yang tidak dapat dielakkan, adalah pendekatan perdagangan yang berbahaya dan tersasar.
9bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Menteri kewangan ASEAN akan bertemu di sini pada minggu depan di tengah-tengah keperluan mendesak untuk memperdalam integrasi ekonomi dan mengukuhkan daya tahan kewangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka muncul di Bursa Malaysia minggu depan dengan jangkaan tekanan jualan berkurangan ketika para pelabur mula mencerna kesan tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dalam keadaan sentimen lemah minggu depan, memandangkan penjualan ketara di pasaran komoditi global, kata peniaga.