10bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Ketahanan dan kemajuan ekonomi Malaysia bergantung kepada akses pembiayaan yang inklusif -- sesuatu yang mudah dianggap remeh oleh mereka yang bekerja dalam sektor formal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- KNM Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, KNM Process Systems Sdn Bhd (KNMPS) telah menandatangani perjanjian jual beli serta pemindahan bersyarat dengan NGK Insulators Ltd dari Jepun untuk cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Deutsche KNM GmbH (DKNM) pada harga 270 juta euro (kira-kira RM1.24 bilion).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan bantuan RM100 juta bagi Program Tanam Semula Sawit (TSPKS) dimanfaatkan sepenuhnya oleh pekebun kecil kelapa sawit menjelang Jun tahun ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2024 (S3 TK2025) meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM186.67 juta daripada RM176.86 juta pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan bantuan RM100 juta bagi Program Tanam Semula Sawit (TSPKS) dimanfaatkan sepenuhnya oleh pekebun kecil kelapa sawit menjelang Jun tahun ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Yayasan Peneraju melancarkan skim pembiayaan baharu yang menyaksikan dana akan disalurkan terus ke akaun individu dan bukannya institusi pendidikan serta latihan terbabit.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 dijangka kekal kukuh pada 4.9 peratus, menurut Malayan Banking Bhd (Maybank).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, meningkat 7.9 peratus berbanding RM9.35 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Affin Bank Bhd meningkat 26.7 peratus kepada RM509.70 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM402.19 juta pada tahun sebelum itu didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi serta hapus kira kerugian rosot nilai kredit yang lebih tinggi sebanyak RM229.6 juta.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia komited untuk menjadikan ASEAN sebagai peneraju global dalam kewangan mampan dan akan menyokong kerjasama yang lebih baik dalam pembiayaan hijau, jaringan tenaga serantau dan perluasan rangka kerja pelaburan mampan.
11bulan ago
PETALING JAYA, 24 Feb (Bernama) -- Sime Darby Bhd (Sime Darby) menjangkakan persaingan sengit dalam bahagian permotorannya tahun ini, berikutan lebihan bekalan kenderaan dari China, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Jeffri Salim Davidson.