BERITA TERKINI   Dua maut, empat cedera dalam kemalangan babit dua kenderaan di simpang Felda Sungai Ara dekat Kota Tinggi - bomba | Inflasi Malaysia berada pada 1.4 peratus pada Februari 2026, mata indeks naikĀ kepada 136.0 daripada 134.1 pada bulan sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026, disokong oleh pengembangan berterusan dalam eksport dan import - Jabatan Perangkaan | Sabotaj Negara: PDRM akan rakam keterangan 14 lagi individu bagi lengkapkan kertas siasatan - KPN | 

Bantuan RM100 Juta Program Tanam Semula Sawit Disasar Dimanfaat Sepenuhnya Pada Jun - Johari

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) --  Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan bantuan RM100 juta bagi Program Tanam Semula Sawit (TSPKS) dimanfaatkan sepenuhnya oleh pekebun kecil kelapa sawit menjelang Jun tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kementerian itu akan memohon bantuan tambahan khas sebanyak RM100 juta kepada Kementerian Kewangan sekiranya peruntukan bantuan TSPKS itu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Ada antara pekebun kecil ini sudah berumur dan tak mampu untuk membuat pinjaman bank sepenuhnya.

“Jadi kita tolong mereka dengan bantuan geran sebanyak 50 peratus, dan 50 peratus daripada bank (Agrobank),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku ‘Agarwood: Diamond of The Forest’, di sini, hari ini.

--BERNAMA