6bulan ago
KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd melancarkan Connect and Collaborate Vendor Roadshow di seluruh negara bermula minggu ini di Kota Kinabalu untuk membina ekosistem vendor yang lebih teguh dan berdaya saing di Malaysia.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan secara rasmi pelaksanaan penuh rasionalisasi antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), menjadikan CAAM satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam negara merangkumi aspek teknikal, keselamatan dan ekonomi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) menetapkan visi transformasi struktur yang berani, keterangkuman sosial dan daya tahan terhadap iklim namun keberkesanannya bergantung kepada keazaman politik dan pelaksanaan yang berdisiplin, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) meraikan pencapaian pentingnya dengan penganjuran edisi ke-30 Anugerah CGC, menandakan usaha 30 tahunnya memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekosistem kewangan yang lebih luas.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Sektor kewangan perlu memainkan peranan transformatif bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menceburi sektor pertumbuhan strategik dengan peranan yang signifikan ketika Malaysia merangka dan menetapkan hala tuju masa depan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis diasak oleh sentimen serantau yang melemah walaupun optimis terhadap visi dasar strategik Malaysia di bawah pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Anak syarikat 65 peratus milik ITMAX System Bhd (ITMAX), Southmax Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak berjumlah RM145 juta daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi penempatan dan penyelenggaraan sistem lampu isyarat pintar di seluruh kawasan Johor Bahru.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk bangkit sebagai peneraju ekonomi Asia dengan identiti tersendiri berasaskan budaya dan hikmah Timur, sekali gus muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia menjelang 2030.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) yang bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan Majlis Peralihan dan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan bertujuan menyelaras penempatan semula kakitangan secara adil dan berstruktur susulan penstrukturan semula organisasi itu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menerima kelulusan untuk melaksanakan tiga program di bawah inisiatif Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM21.25 juta.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang memuktamadkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS) 2025–2030 sebagai kesinambungan kepada MCSS 2020–2024, kata Kementerian Digital.