1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sektor perindustrian Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan pada separuh kedua 2024, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan pemulihan beransur-ansur dalam pasaran global, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai jualan sektor Pembuatan berjumlah RM163.9 bilion pada Ogos 2024, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.7 peratus berbanding penurunan 3.3 peratus pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.1 peratus pada Ogos 2024, didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya baru-baru ini dianggap satu tindakan sementara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Aktiviti pengeluaran Malaysia akan terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang meskipun terdapat kebimbangan aktiviti kilang yang lebih perlahan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lepas, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- MITI Day 2024, anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menawarkan lebih 2,600 peluang pekerjaan kepada belia dan pencari kerja pada acara tahunan itu bertempat di Menara MITI di sini pada 1 Oktober ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.