11bulan ago
KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- McDonald's Malaysia buat julung kali menganjurkan Rumah Terbuka Mekdi sempena Tahun Baharu Cina di cawangannya di Bandar Sri Damansara dekat sini hari ini yang membawa keriangan dan kemakmuran kepada komuniti setempat.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) – Kerajaan Malaysia memandang serius dakwaan bahawa negara ini dijadikan transit dalam penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia ke China, malah menegaskan komited terhadap pematuhan kawalan eksport antarabangsa yang bersifat pelbagai hala.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) bersedia untuk mengesahkan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) pada Permukiman AEM yang akan datang di Johor pada akhir Februari, bertujuan memacu integrasi ekonomi serantau, keterangkuman, kemampanan dan perdagangan digital.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Peningkatan kemajuan dalam platform kecerdasan buatan (AI), seperti DeepSeek dari China membantu meningkatkan permintaan terhadap pusat data di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
11bulan ago
SHAH ALAM, 2 Feb (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jalinan kerjasama membabitkan Weststar GAP Ltd dan peneraju minyak dan gas dikenali di peringkat global, Santos Australia, membuktikan potensi kukuh bagi meningkatkan lagi hubungan perniagaan antara Malaysia, Timor Leste dan Australia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Key Alliance Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharunya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Citadel Group mengumumkan pengembangannya ke Indonesia dengan penubuhan PT Citadel Group Indonesia di Jakarta.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pasaran analisis data besar (BDA) sedang mengalami pertumbuhan yang teguh di peringkat global dan di Malaysia selepas didorong oleh peningkatan permintaan untuk penyelesaian yang dipacu data, kata Profesor Madya Sains Komputer dan Ketua Pusat Pengajian Matematik serta Sains Komputer di Universiti Heriot-Watt Malaysia , Dr Ian Tan.
1tahun ago
KUCHING, 23 Jan (Bernama) -- Cahya Mata Cement Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd menyasarkan untuk menggandakan kapasiti pengeluaran klinker menerusi pembangunan kemudahan baharu, Clinker Line 2 di Mambong di sini.