1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Strategi Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini telah dirangka dengan teliti, kata pakar ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau dengan teliti imbangan risiko yang berkaitan dengan inflasi domestik dan prospek pertumbuhan untuk memastikan pendirian dasar monetari Malaysia kekal kondusif kepada pertumbuhan yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- RAM Ratings menjangkakan terbitan bon korporat kekal positif anatara RM110 bilion-RM120 bilion pada 2025, disokong oleh pembiayaan infrastruktur dan keperluan pembiayaan perniagaan.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh D.Arul Rajoo
LONDON, 18 Jan (Bernama) -- Malaysia yakin ia boleh mengemudi sebarang ketidaktentuan politik atau ekonomi yang timbul daripada pentadbiran Donald Trump yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu sentiasa mencari peluang baharu untuk mengukuhkan hubungan perdagangan luarnya bagi mengurangkan kesan daripada halangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).
1tahun ago
PETALING JAYA, 14 Jan (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) berkemungkinan mengekalkan pendiriannya untuk tidak membiayai projek pembangunan penjanaan tenaga nuklear sambil mengkaji semula dasar tenaganya tahun ini, walaupun sumber tenaga alternatif itu semakin popular.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menyemak unjurannya terhadap ringgit bagi akhir 2025 kepada RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.50 yang dibuat sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu depan, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.