5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan diniagakan dalam mod berhati-hati pada minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai asas di tengah-tengah ketidaktentuan global, termasuk dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini dengan kontrak penanda aras April 2025 melebihi RM4,500 satu tan selepas didorong oleh kebimbangan terhadap output yang lemah dan jangkaan permintaan menjelang Ramadan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada akhir dagangan Jumaat, menjelang pengumuman laporan senarai gaji bukan perladangan pada lewat hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Khamis untuk hari kedua berturut -turut selepas didorong oleh jangkaan output yang lebih lemah.
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot sedikit hari ini apabila pasaran berehat selepas berlaku kenaikan semalam.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif melantun untuk ditutup lebih tinggi selepas menerima dorongan daripada keuntungan dalam minyak kacang soya dan keyakinan pasaran ke atas pembelian minyak sawit India yang diperbaharui bagi tujuan menambah simpanan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengukuh hari ini susulan daripada minat tinggi terhadap komoditi emas global yang dipacu oleh permintaan berterusan daripada bank pusat, kata seorang penganalisis.
5bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi sebaliknya apabila ditutup lebih rendah pada hari ini berbanding peningkatan semalam.
5bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan selama lima hari berturut-turut berikutan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan peningkatan hari ini ketika pelabur meningkatkan simpanan stok komoditi mereka berikutan kebimbangan terhadap tarif perdagangan baharu oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.