11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan Wall Street pada Jumaat lepas berikutan pelabur tidak mengambil kira kebimbangan mengenai ketegangan yang meningkat antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta petunjuk ekonomi AS yang lembap.
11bulan ago
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melakukan lawatan ke Pusat Media Antarabangsa (IMC) untuk sesi Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Desaru di sini, yang dijadual berlangsung esok.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama dua hari untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, dengan indeks komposit meningkat 1.32 peratus, didorong oleh pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.
11bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Langkah penyusunan semula dan penyahsenaraian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandakan detik perubahan yang penting bagi industri penerbangan negara, menawarkan peluang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan di seluruh lapangan terbang, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Derivatives mencatat paras tertinggi dengan 22.75 juta kontrak didagangkan bagi semua produk pada 2024, peningkatan sebanyak 19 peratus daripada 19.11 juta kontrak pada 2022.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas berbanding belian bersih sebanyak RM77.9 juta pada minggu berakhir 14 Februari.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan sentimen pasaran serantau, terbukti memacu Bursa Malaysia yang melantun dan mencecah paras tertinggi intra harian pada akhir dagangan Jumaat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd berhasrat memperluaskan portfolionya dalam sektor tenaga solar melalui penyertaan dalam inisiatif tenaga boleh baharu (TBB) seperti program solar berskala besar 5 (LSS5), LSS5+ dan program tenaga hijau korporat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, didorong oleh belian lewat dalam saham wajaran tinggi dan sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terjejas oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi pada tengah hari ini, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pemacu Bursa Malaysia bagi minggu ke-17 berturut-turut pada minggu lepas dengan mencatat belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM77.9 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.