Terdapat 482 berita berdasarkan kata kunci carian " bakat"

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Malaysia, China Jalin Kerjasama Perkukuh AI Dan Ekonomi Digital

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sapura Industrial Lancar Identiti Korporat Baharu, Tumpu Sektor Bernilai Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) melancarkan identiti korporat yang baharu ketika ia memberi tumpuan kepada sektor pertumbuhan tinggi seperti pembuatan farmaseutikal, penyelesaian mobiliti, penjagaan kesihatan, teknologi internet pelbagai benda (IoT) dan ekosistem kenderaan elektrik (EV).

Malaysia Semiconductor IC Design Park Perkukuh Kerjasama Dengan Brazil, AWS

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia Semiconductor IC Design Park membentuk kerjasama strategik dengan ChipInventor dari Brazil dan Amazon Web Services (AWS) menerusi sokongan Kedutaan Brazil di Malaysia melalui Program Diplomasi Inovasi, serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Brazil.

Teknologi Perlu Berperanan Sebagai Pelindung Tamadun, Kata Ahli Akademik China

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Teknologi perlu berperanan sebagai pelindung tamadun, bukan sekadar pemangkin kemajuan, tetapi turut membantu menyelamatkan nyawa serta merapatkan jurang komunikasi, kata seorang ahli akademik China pada Jumaat.

PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Delegasi Oracle, Bincang Potensi Pelaburan AI

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Eksekutif Jepun dan Asia Pasifik bagi Oracle Corporation (Oracle), Garrett Ilg serta delegasinya.

Pasaran Semikonduktor ASEAN Berpotensi Cecah Lebih US$52 Bilion Menjelang 2032 -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) --  Pasaran semikonduktor ASEAN berpotensi mencecah lebih US$52 bilion (US$1=RM4.49) menjelang 2032 sekiranya usaha ditumpukan kepada meningkatkan rantaian nilai, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perkongsian Strategik Dengan Syarikat Teknologi Global Perlu Dipertingkat – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Perkongsian strategik dengan syarikat teknologi global seperti Intel Corporation (Intel) perlu diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, sesuai dengan perubahan teknologi dan situasi ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agrobank Salur Pembiayaan Tertinggi RM10.44 Bilion Pada 2024

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Agrobank mencatat rekod penyaluran pembiayaan tertinggi sebanyak RM10.44 bilion yang merentasi semua sektor pada 2024.

Wawasan Dengkil Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Sasar Lebih Banyak Projek Ladang Solar

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembinaan, Wawasan Dengkil Holdings Bhd, yang mula disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia hari ini merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan lebih banyak projek infrastruktur ladang solar.

Kerajaan Peruntuk RM1.5 Bilion Bagi Jana Pendigitalan PMKS Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan dana kumulatif berjumlah RM1.5 bilion bagi menyokong inisiatif pendigitalan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara dengan matlamat meningkatkan daya saing perniagaan.

Nestcon Raih Kontrak Kerja-kerja Tanah RM100 Juta Di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh firma pembinaan Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) tekah memperoleh kontrak berbilai RM100 juta untuk kerja-kerja tanah di Mukim Kerling, Hulu Selangor.