BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 1-0 Imigresen | 

Terdapat 3539 berita berdasarkan kata kunci carian " dagang"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mencecah paras tertinggi dalam dua tahun, kata penganalisis kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas didorong oleh ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan ketidaktentuan yang menyelubungi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.  

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Negara Rakan BRICS: Sumbang Pertumbuhan Ekonomi Malaysia - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan berharap keanggotaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan peningkatan eksport bagi tempoh jangka masa panjang, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

​Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada optimisme dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Belian Asing Hambar

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa, berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing, menurut peniaga.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Penurunan Harga Minyak Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya terus menjejaskan sentimen, kata peniaga minyak sawit.

K-One Cadang Terbit Waran Percuma, 1 Waran Bagi Empat Saham Biasa Sedia Ada

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- K-One Technology Bhd bercadang untuk menerbitkan sehingga 208 juta waran percuma D dalam syarikat berasaskan satu waran bagi setiap empat saham biasa sedia ada yang dipegang.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini didorong oleh pembelian semasa harga murah, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US pada Isnin dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata seorang penganalisis.