Terdapat 1265 berita berdasarkan kata kunci carian "prospek"

FIM 2026 Buka Peluang Lebih Luas Perniagaan Francais, Sasar 30,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Mei tahun depan dijangka menarik lebih banyak penyertaan syarikat francais dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh daya saing usahawan tempatan.

Powertechnic Kumpul RM22.05 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat sistem pengangkat dan kren, Powertechnic Group Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM22.05 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Oktober 2025.

Bursa Malaysia Catat Paras Tertinggi Intra Hari Pada Isnin Sejajar Prestasi Serantau Lebih Baik

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada Isnin, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh, disokong oleh minat belian berterusan dalam saham penjagaan kesihatan dan kewangan, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Tidak Menentu Ekoran Penutupan Kerajaan AS, Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami turun naik ketara minggu hadapan jika penutupan kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) masih berterusan, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tidak menentu minggu depan sekiranya penutupan operasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) berterusan.

Belanjawan 2026 Perkukuh Komitmen Kerajaan Tingkat Fiskal Ekonomi Negara - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 3 Oct (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan ruang fiskal, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, FBM KLCI Meningkat Lebih Satu Peratus

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) --Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi pada Khamis, mendapat rangsangan daripada kenaikan di kaunter sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan perbankan.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, seiring dengan prestasi niaga hadapan getah serantau dan harga minyak yang stabil dalam kebimbangan mengenai bekalan disebabkan musim hujan di negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, terus mencatatkan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah selepas kerajaan Persekutuan AS menghentikan operasinya mulai hari ini.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$122.68 Bilion Pada Akhir Ogos 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$252.8 bilion pada akhir Ogos 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Untung Bersih AEON Credit Service Naik Kepada RM72.23 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM72.23 juta pada suku kedua berakhir 31 Ogos 2025 (S2 2025), berbanding RM71.16 juta pada S2 2024.

Negeri Sembilan Bakal Terima Pelaburan Baharu Bernilai RM300 Juta - Aminuddin

SEREMBAN, 29 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menerima pelaburan baharu dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM300 juta menerusi pembangunan projek gudang automatik berteknologi tinggi di Bandar Enstek, di sini.