BERITA TERKINI   Mesyuarat antara Perdana Menteri Anwar dan rakan sejawatnya dari India Modi sasar perkukuh hubungan dua hala | 

Terdapat 379 berita berdasarkan kata kunci carian "hong leong"

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Kekal Kukuh 4.9 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Dagangan Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dalam wilayah negatif, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mengatasi jangkaan awam dan berkemungkinan melengahkan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah.

KDNK Malaysia Bagi 2024 Diunjur Cecah 5.1 Peratus, Kekal Positif - HLIB

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).

Harga MSM Dijangka Kekal Stabil Pada Februari - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil tahun ini, dengan julat antara RM4,500 hingga RM5,000 setiap tan, menurut penganalisis.

Nilai Perolehan Kontrak MRCB Tahun Ini Dijangka Naik Antara RM4 Bilion-RM5 Bilion - HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Nilai perolehan kontrak Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) 2025 dijangka meningkat RM4 bilion hingga RM5 bilion berikutan kesan limpahan penangguhan projek seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam dan Kuala Lumpur Sentral serta arahan perubahan kerja LRT3.

HLIB Kekalkan Andaian Harga MSM 2025 Pada RM4,000 Satu Tan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan andaian harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,000 satu tan pada 2025 dan RM3,800 satu tan pada 2026.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global yang meningkat dan tindakan balas susulan tarif Amerika Syarikat (AS).

Penganalisis Berbeza Pandangan Mengenai O&G Selepas PAO 2025-2027 Diumum

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend kenaikan selama tiga hari berturut-turut sejak Jumaat hingga Selasa, disokong oleh pengeluaran minyak sawit di kilang-kilang Semenanjung Selatan yang lebih lemah dalam tempoh 1-25 Jan 2025, kata seorang penganalisis.

Maybank IB, HLIB Jangka OPR Kekal Pada 3.00 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan unjurannya untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada tahun ini untuk menyokong pertumbuhan domestik dalam mendepani cabaran luaran.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Untuk Hari Keempat Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.