6bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Sektor kewangan perlu terus kekal sebagai asas transformasi Malaysia apabila negara memasuki lembaran agenda pembangunan seterusnya berlandaskan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai kerjasama untuk tempoh lima tahun bernilai RM1.0 bilion dengan Microsoft bagi memacu transformasi digitalnya.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama bagi memacu pendigitalan di negara ini memandangkan sistem itu memerlukan lebih daripada sekadar teknologi serta model perniagaan baharu.
6bulan ago
SINGAPURA, 4 Ogos (Bernama) -- Singapura akan menjalankan Kajian Strategi Ekonomi (ESR) bertujuan untuk mengukuhkan daya saing global dan kerelevanan ekonomi negara itu dalam persekitaran peralihan struktur seperti penjajaran semula geopolitik dan teknologi disruptif yang bergerak pantas.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Negara anggota ASEAN akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan Grid Tenaga ASEAN semasa Mesyuarat Tenaga blok ini pada Oktober ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan mencatatkan penurunan susulan aktiviti jualan berterusan di kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, walaupun terdapat sambutan positif terhadap pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) minggu lalu dan pengurangan tarif AS ke atas barangan Malaysia.
6bulan ago
SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri bermula 2027, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan diberitahu hari ini.
6bulan ago
KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan bagi pendaratan ikan tuna dan hasil laut dalam bertaraf Kesatuan Eropah di Kota Kinabalu berpotensi menjana nilai ekonomi sehingga RM1.8 bilion setahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sedang mempertingkat usaha bagi memastikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam mentransformasikan dan membentuk semula ekonomi dan masyarakat di rantau Asia Pasifik adalah selamat, inklusif dan mampan.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu peningkatan sentimen pelabur berikutan penurunan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula 4 Ogos ini pada persidangan Parlimen.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Hasil perdagangan yang progresif seperti keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan tarif ke atas eksport Malaysia akan memberi kesan limpahan ekonomi yang meluas merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan dan pembuatan.