BERITA TERKINI   Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | Krisis tenaga global: KTMB tawar diskaun 30 peratus tiket ETS bagi semua sektor dan tren Ekspres Rakyat Timuran laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral -- Loke   | Keselamatan tenaga bukan lagi satu pilihan. Ia menjadi keutamaan strategik negara susulan situasi di Selat Hormuz - Fadillah Yusof | 

ASEAN Akan Tandatangan MoU Bagi Grid Tenaga ASEAN Oktober Ini

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Negara anggota ASEAN akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan Grid Tenaga ASEAN semasa Mesyuarat Tenaga blok ini pada Oktober ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata MoU itu akan menumpukan pelan hala tuju Grid Tenaga ASEAN, penyeragaman standard dan peraturan serta model perniagaan yang melibatkan transaksi pertukaran tenaga antara negara anggota ASEAN.

“Ini perkara-perkara yang akan dijelaskan dalam MoU itu dengan setiap negara akan mengambil tindakan untuk merealisasikannya (APG)," katanya kepada pemberita selepas majis pelancaran awal Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025 di sini, hari ini.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Mad Zaidi Mohd Karli dan Pengarah Eksekutif Pusat Tenaga ASEAN Datuk Razib Dawood.

-- BERNAMA