6bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Perkumpulan BRICS menyatakan pendirian tegas dalam mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala berlandaskan peraturan serta menolak langkah perlindungan sebelah pihak yang menghukum, diskriminasi serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan dilaksanakan atas alasan kebimbangan alam sekitar.
6bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan Kenyataan BRICS mengenai Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) dan menyokong penuh visi AI yang menerapkan pembangunan berbanding dominasi, beretika, mengurangkan ketidaksamaan serta menghormati maruah insan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru lonjakan perdagangan intra-BRICS dan seterusnya perkumpulan itu muncul sebagai satu kuasa yang kuat dan berprinsip, berteraskan keadilan, saling menghormati serta komitmen bersama untuk membentuk orde antarabangsa yang lebih seimbang dan adil.
7bulan ago
Oleh Vikneswaran Raman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa keperluan untuk mentakrifkan semula hubungan antara Asia Tenggara dan Eropah, sebagai setara, mencorakkan masa depan bersama dan rakan kongsi dalam hubungan dan perdagangan, dalam dunia yang mendambakan keseimbangan.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Digital sedang berusaha untuk menyatukan dan meningkatkan inisiatif merentas negeri dan agensi bagi memacu ekonomi digital di Malaysia, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.
7bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 3 Julai (Bernama) -- China berhasrat dapat bekerjasama dengan semua pihak bagi memperkukuh kerjasama strategik BRICS selain menyumbang secara sewajarnya dalam mempertahankan pendekatan kerjasama pelbagai negara.
7bulan ago
Daripada D.Arul Rajoo
ROM, 2 Julai (Bernama) -- Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai teras kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali Antonio Tajani hari ini mempengerusikan sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang disertai lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- SIRIM Bhd telah diberi mandat untuk menjadi badan pemeriksa tunggal dan pengeluar sijil kelulusan (COA) bagi import sisa plastik ke Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2025
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bank Rakyat menjadi bank pertama di Malaysia dilantik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai Mutawalli, iaitu pihak yang mendapat mandat melaksanakan kutipan, pengurusan dan agihan dana wakaf tunai, melalui inisiatif Jariah Al-Barakah.