BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 1-1 Penang FC | Liga Super: DPMM FC 1-1 Melaka FC | Liga Super: Kuching City FC 2-0 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 1541 berita berdasarkan kata kunci carian " sentimen"

Ringgit Meningkat Berikutan Data AS Lemah, Ketidakpastian Fed Pengaruhi Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan ketidakpastian mengenai langkah dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya memberi kesan kepada dolar AS.

Bursa Malaysia Menongkah Aliran Serantau Untuk Ditutup Sedikit Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah aliran rendah serantau untuk ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa di tengah-tengah minat belian berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terplilih yang diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Minat Belian Berterusan Dorong FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Selasa, apabila belian berterusan di kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului saham kewangan, mendorong sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Kembali Meningkat Selepas Dibuka Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat selepas dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi tidak menentu yang dialami pasaran serantau serta Wall Street dalam tempoh semalaman.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin susulan kekurangan pemangkin baharu bagi mata wang tempatan itu  menjelang pengumuman beberapa data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Susulan Perjanjian Gencatan Perang Dagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.

Pengeluar Malaysia Optimis Meskipun IPP Turun Sedikit Pada Oktober - S&P Global

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kalangan pengilang di Malaysia optimis terhadap peningkatan permintaan bagi tempoh akan datang walaupun aktiviti pembuatan menjadi sederhana pada Oktober, susulan aliran masuk pesanan baharu yang perlahan, menurut S&P Global.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, disebabkan pelabur menunggu pemangkin baharu dan menilai perkembangan luaran.

Perbincangan Perdagangan AS-China Rangsang Pasaran Getah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dengan kecenderungan menaik minggu depan selepas dirangsang oleh sentimen yang timbul daripada perbincangan perdagangan terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata pakar industri Denis Low.

Ringgit Ditutup Kukuh Susulan Sentimen Risiko Bertambah Baik, Ketegangan AS Dan China Reda

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama yang lain pada Jumaat disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik susulan ketegangan perdagangan di antara AS dengan China mereda.