BERITA TERKINI   Mahkamah Tinggi menjatuhi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hukuman penjara berjumlah 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bagi empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion berkaitan 1MDB | Terengganu kembali dilanda banjir, tiga PPS dibuka petang ini - APM Terengganu | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 21 tuduhan pengubahan wang haramĀ - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan keempat guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | 

Perbincangan Perdagangan AS-China Rangsang Pasaran Getah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dengan kecenderungan menaik minggu depan selepas dirangsang oleh sentimen yang timbul daripada perbincangan perdagangan terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata pakar industri Denis Low.

Perkembangan ini mungkin akan memberikan kelegaan kepada peniaga dan mempengaruhi sentimen pasaran yang lebih positif, seterusnya, meningkatkan permintaan untuk komoditi itu.

"Dunia mula bernafas lega, ini pasti baik untuk perdagangan," katanya.

"Kami turut melihat semangat yang diperbaharui dalam usaha membeli dan menyimpan di hadapan musim monsun utara-timur laut," ujarnya kepada Bernama.

Beliau memberitahu Jabatan Meteorologi Thailand telah mengeluarkan amaran ribut untuk selatan Thailand selepas cuaca hujan lebat mula terbentuk akibat peralihan corak monsun.

Sementara itu, di Malaysia, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran ribut petir untuk beberapa buah negeri, yang boleh menghalang produktiviti dan menimbulkan kebimbangan bekalan. 

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 menurun sebanyak 17.5 sen kepada 731 sen sekilogram, manakala lateks pukal jatuh sebanyak 3.0 sen kepada 565.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA